Jom peluk dan cium


peluk dan cium anak memberi kesan positif kepada pertumbuhan pembesaran anak2

Sebagai anak bongsu aku dah biasa dengan belaian, peluk dan cium. Semua sekelilingku dari dulu sentiasa menunjukkan kasih sayang. Asal bangun pagi semua nak dipeluk dan cium terutama 2 yang kecik tu iaitu As siddiq dan Al Waleed. Malisha, Al Khattab dan Humaira tidak pernah dilupakan. Papa mereka lagi la kena selalu peluk oooppss. Sebab tulah kalau anak2 merajuk aku tidak biarkan selalunya aku akan pergi kepada mereka samada memeluk atau melakukan sesuatu yang membuatkan mereka ketawa. Misalnya semalam, mama ni biasalah kalau lepas masak mesti lemau. Anak teruna mama yang 5 tahun sekarang ni habit dia buat sound effect. Aduyai binggit telinga. Disamping sound efffect ada juga aksi ganas stund di sofa. Semasa As siddiq membuat stund kakinya terkena tangan mama. Secara automatik tangan mama naik ke peha putih anak 5 tahun...naik merah peha tu. Tersedu-sedan As Siddiq. Mama terkedu. Mama memeluk As Siddiq. Di tolaknya. Terus dia pergi kepada papa. Mama cuba memujuk dan pujuk. Final selepas hampir 15 minit akhirnya rajuknya reda mama terangkan semula mengenai aksi stundnya tadi. Dia faham dan janji tidak akan ulangi lagi. Peluk dan cium boleh meredakan rasa marah dan geram lantaran memberi lebih getaran kasih sayang dalam sesebuah perhubungan.

Mari kita kaji kejadiaan ini; aku copy dari fanpage
Prof. Dr. Rozieta Shaary
Suatu hari Nabi telah didatangi oleh wakil daripada sebuah kaum untuk belajar mengenai Islam. Semasa berbincang, tiba-tiba cucu Baginda datang menghampiri Baginda, lalu Nabi mencium dan memeluk cucu baginda.
Terkejut perwakilan itu, lalu mereka mengatakan bahawa budaya mereka tidak sedemikian. Mereka tidak memeluk dan mencium dan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak kecil mereka. Nabi s.a.w lalu berkata Baginda tidak boleh melakukan sesuatu kepada mereka sekiranya perasaan kasih sayang itu telah diambil daripada mereka.
Menunjukkan kasih sayang, mencium, memeluk dan bergaul mesra dengan anak-anak, bukanlah budaya barat yang kononnya diserap ke dalam keibubapaan moden, tetapi sebaliknya. Apa yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul s.a.w, telah kaji oleh Barat dan mereka yang telah nampak kesannya dan membawa kefahaman itu di dalam apa yang kita hari ini kata Psaikologi Barat. Sebenarnya, bukan Psaikologi Barat, tetapi Sunnatullah dan sunnah Nabi.

Comments

Popular Posts