Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda.....ada statistik ke??

Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda....erm klu back to 13 tahun lepas pun aku tidak akan pilih lelaki tua...esp yg kepala bolak, buncit Ohh no no no....tak sanggup u. Pernah dulu semasa buat kerja part time waktu belajar di Holiday Inn City Centre, KL ada seorang tua yang bergelar dato' cuba *pasang jarum* siap bagi duit lagi nasib baik aku bukan mata duitan, aku bukan yang mudah termakan pujian & yang utama sorry orang tua "u not my taste...uwek" ....Apapun orang tua biang keladi ni memang mulut manis so anak dara luar sana hati2lah ye jangan mudah terpedaya....kalau kita tahu % kecantikan setakat mana jadi kita boleh menilai tujuan org yang memuji.
Ada beza beb orang tua dengan orang muda ...he he he hanya jauhari yaang mengenal manikam....yeke orang tua lebih romantik geli geleman bulu tengkuk aku ....untuk enjoy hidup yang sebenar carilah mereka yang sebaya & ...
he he he tak sanggup lah nak sopink berjalan ngan org tua silap haribulan org ingat bapa.....tapi Berita Harian ckp Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda ....ada statistik ke????....

SENARIO wanita muda memilih lelaki berusia sebagai pasangan kini seakan menjadi trend. Andaiannya, mungkin mereka ingin mencari jalan pintas dan mudah untuk menikmati kesenangan, kemewahan, meningkatkan status daripada lelaki lebih matang serta berpangkat yang memiliki segala galanya dalam kehidupan. Perbezaan usia tidak menjadi hal, walaupun ada antaranya layak dipanggil bapa atau datuk. Semua itu diketepikan! Yang penting tidak perlu bersusah payah untuk berusaha keras mendapatkan semua itu, khususnya jika tidak mempunyai sebarang kelulusan tinggi. "Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me! - Jurutera, Chieha Salihah Hashim Wanita muda menjadikan aset berwajah cantik, seksi dan manja untuk ‘memancing’ lelaki tua yang sedia menerima cintanya. Bagi lelaki tua pula, ini pula bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Kalau dah wanita muda yang berperwatakan sebegitu hadir menyerah dalam hidupnya sudah pasti tidak ditolak. Padah yang bakal dihadapi wanita muda bersuamikan lelaki tua atau menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, sebaik saja berkahwin kemudian tidak diambil kira.

Namun, ada juga wanita muda ini tidak bercadang menjadikan lelaki berusia itu sebagai pasangan hidupnya, tetapi sekadar sebagai ‘sugar daddy’, ‘perempuan simpanan’ atau ‘kekasih gelap’ yang dapat membiayai kehidupannya untuk hidup mewah. Begitu juga dengan lelaki tua ini, tidak semua yang mahu memperisterikannya, cuma ingin mencari ‘hiburan’. Tidak dinafikan, bukan saja orang biasa tetapi kaya, ahli politik, pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan sering kali menjadi sasaran utama wanita muda.

Justeru, dek rupa paras yang lebih menawan dan bijak, ia memberikan satu kelebihan kepada wanita muda mencari lelaki yang ‘berstatus’ bagi memenuhi keinginan material.

Ahli perniagaan juga seorang ibu, Jenni Aznah-Lander, 40-an, ketika diajukan senario itu, beliau tegas menafikan tidak semua wanita muda begitu, sebaliknya ia terpulang kepada matlamat seseorang itu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, senario itu agak membimbangkan terutama di bandar besar ada wanita muda menggunakan kelebihan mereka yang cantik, bergaya dan seksi untuk ‘memancing’ lelaki tua yang kebanyakan sudah beristeri yang antaranya sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka.

“Oleh itu, tidak mustahil, banyak perceraian berlaku membabitkan pasangan tua ataupun warga emas bahana kewujudan orang ketiga yang terdiri wanita muda itu. Senario sebegini secara tidak langsung memberikan impak besar kepada lelaki muda kerana terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih tua. Jika dibandingkan dari segi kewangan dan karier, lelaki muda memang jauh ketinggalan,” katanya menerusi e-mel, baru-baru ini.

Jenni berkata, ada banyak sebab mengapa wanita muda lebih tertarik kepada lelaki tua, selain daripada dapat menikmati kekayaan, mereka juga mempunyai sifat romantis, bertolak ansur, tenang, suka mengalah, bergaya dan kehidupan lebih teratur berbanding lelaki muda.

Sementara itu, Pengurus Senior Penjualan Teknologi, Iqbal, Abdul Wahab, 47, berkata tidak dinafikan wanita muda memerlukan kewangan sebagai aset terutama yang hidup di kawasan bandar. Gaya hidup yang tinggi selain semuanya mahal dan harga meningkat, mereka memerlukan seseorang yang memahami apa yang dimahukan dan mampu menjaganya.

“Bagi lelaki yang sudah berumah tangga yang mempunyai kenalan di luar mungkin ia adalah ‘trofi’ mengenali wanita muda. Tetapi, mungkin hanya atas dasar kerja. Tidak dinafikan juga yang mempunyai hubungan itu atas beberapa sebab, antaranya sudah bosan dengan isteri dan tidak lagi menjaga penampilan untuk suami.

“Isteri yang kurang mengambil hal ehwal suami kerana terlalu sibuk dengan kerja harian atau di pejabat serta mengurus anak dan cucu hingga lupa suaminya juga memerlukan belaian kasih sayang,” katanya.

Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Dalam apa juga keadaan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk mencari pasangan. Baik si lelaki tua mahupun wanita muda. Tepuk dada tanya selera.

Komen rambang.

Pelajar Pengurusan Hotel dan Perniagaan, Amy Mimie - “Kebanyakan mereka lebih matang, understanding dan loving,”.

Pegawai Perhubungan Awam: Ikaika Zaa - “Mereka akan memastikan wanita muda berasa selamat dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Malah mereka lebih matang, memahami dan bijak mengawal perasaan”.

Pelajar Universiti, Dyna Latib - “Lelaki tua pandai melayan kerenah, stabil dari segi kewangan, pandai memujuk dan tidak cepat naik angin,”.

Pegawai bank, Farah Diba Yusoff - “Matang, easy calm, romantic, rasional, give and take, ada karier, caring, manja, penyayang and more experience. The leader, I just love to be with them in term of stability and comfortability.

Jurutera, Chieha Salihah Hashim - “Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me!

Comments

Popular Posts