TerBalek


dulu masa kakak beriya nak pakai tudung aku tidak benarkan sehingga dia benar faham mengapa wanita perlu menutup aurat baru aku memberi kebenaran. Bagi aku menutup aurat bukan sekadar latihan tetapi pemahaman mengapa kita dawajibkan menutup aurat.

kawan kakak pulak dipaksa oleh keluarganya memakai tudung. Bagi keluarga kawan tersebut adalah wajib anak2 Islam menutup aurat tetapi yang menyedihkan kawan kakak tadi membuka tudung bila di belakang keluarganya seperti ketika bersukan atau acara lain

Jika kita lihat umat Islam di negara bukan Islam amat menjaga peradapan Islam waima dari segi aurat, halal & haram juga penekanan dalam pemahaman Al Quran sebagai mukjizat Allah

Namun menyedihkan umat Islam negara Islam pula terkinja-kinja meniru non-muslim & apa saja yg di makan oleh bukan Islam maka mereka teringin mencubanya.

Kita mencari Islam yang memang ada didepan kita namun kita hanya memandang dengan ekor mata. Kita bersorak bila nama Islam dilaungkan hingga kita melupakan perpaduan sebenarnya Islam mahukan. Kita beriya mahu anak ke sekolah berkonsep keislaman namun dalam diri kita tiada cermin membina cara hidup Islam. Kita bertudung namun kita tidak menutup aurat sebagaimana yg dimahukan oleh Islam.
Siapakah kita sebenarnya. Kitakah yg hidup dalam dunia yang terbaliik




Comments

Popular Posts