Anggur Perlis


dah tak ada buah berposing jelah di ladang anggur


Nila rupa putik anggur ...yang dah masak semua dah di harvest

Balik Pida Sanglang baru-baru ini sempat juga aku & family melawat ke ladang anggur di Bukit Bintang Perlis selepas ke rumah Kak Anie ki Kangar. Namun rasa frust juga kerana anggur2 di ladang tersebut baru sahaja di petik.
Antara jenis anggur yang ditanam ialah Black Opal, Kyoho, Green Lose Perlette pada peringkat kedua penanaman di kawasan sama.Hasilnya, anggur daripada jenis Isabelle, IAC dan New White Malaga mengambil masa antara 7 hingga 9 bulan untuk matang sepenuhnya, manakala Black Opal dan Green Loose Perlete serta Cardinal pula antara 9 hingga 12 bulan.Malah, hasil kajian juga mendapati tanaman anggur terutama jenis New White Malaga yang berusia empat atau lima tahun mampu mengeluarkan hasil sehingga 10 tan semusim atau kira-kira 20 tan setahun. Sementara daripada jenis IAC pula sebanyak lapan tan semusim atau 16 tan setahun.Berdasarkan keunikan ini, kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian negeri dan Tourism Malaysia mula mewartakan Pusat Pertanian Bukit Bintang II sebagai lokasi tarikan agro-pelancongan negeri, sekali gus menjadikan anggur sebagai produk utama konsep pelancongan terbabit.Malah, penanaman anggur di kawasan terbabit juga semakin maju dan berkembang, manakala segala infrastruktur dan kemudahan asas lain juga turut dinaik taraf untuk menarik pengunjung, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negeri.
Rasa macam nak tanam anggur pula di pida...































Comments

Popular Posts