Bob Lokman sertai PAS anda bila lagi......: )

Aku no komen sbb aku kompom *atas pagar* bagi aku semua ada kelebihan dan ada kekurangan sebagaimana yang aku nyatakan dalam tulisan terdahulu Islam is the way of life & Islam adalah milik penganutnya yang beriman dan penyatuan melayu islam adalah perkara pokok. Bila melayu berpecah aku tidak tahu sampai bilakah akan bertahannya kata2 Hang Tuah, "Tidak Melayu Hilang di Dunia". Bila jiwa melayu rapuh dengan keduniaan dan bila melayu mula sebatikan budaya asing ....apakah yang tinggal dalam jasad anak melayu itu........

Bak kata kawan aku ..kita tukar semuanya ...aku tersenyum tukar bukan tak boleh cuma kita risaukan jika yg kita tukar lebih parah daripada yang ada sebagaimana lelaki2 yang mencari isteri kedua konon ingin angin baru namun hidup menjadi tidak lebih tidak keruan. Jangan kita terikut dengan gelodak rasa rakyat thai & indon ..... asyik mahu berantakkan salah sendiri tidak mahu dihitung.





PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.


“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.


Bob Lokman bersama Azizan Abd Razak mengangkat tangan selepas menjadi ahli Pas. - Gambar petikan tvpas.com.


Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.


Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.


Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri.


“Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.


Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com.


Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu.
Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.


“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya.


Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella.



Comments

Popular Posts