Aku dan Tudung


Tiada siapa pun menyuruh atau mengalakkan aku bertudung. Dulu aku akan pakai bila aku suka dan tidak memakainya bila tidak suka. Bila aku nak pergi tengok wayang aku tak pakai yelah zaman 80an dan 90an jarang perempuan bertudung memasuki paggung wayang. Pernah aku ditegur dalam dialek cina semasa di Penang *tidak ada beza aku & org tioghua pada masa itu*. Aku hanya tahu kewajipan menutup aurat secara umum walaupun berkali khatam AlQuran namun aku tidak mengetahui yang hukum menutup aurat telah di naskan dalam mukjizat suci ini.

Dan seperti yang pernah aku ceritakan pertemuan aku dengan Kak Liza di asrama sekolah membuatkan aku nekad menutup aurat. Aurat bukan sesuatu yang boleh dipersendakan. Sepertimana yang Kak Liza cakap seandainya kita sayang kepada keluarga kita, suami kita (dulu tak ada la Kak Liza ckp mcm ni sbb masa tu semua masih student lagi) kita perlu memelihara aurat kita. Dayus bagi sang bapa, abang dan suami membiarkan aurat anak, adik perempuan dan isteri mereka menjadi tatapan lelaki ajnabi.

Aku kini. Bertudung mcm biasa. Tidaklah labuh dan tidaklah terlalu singkat. Namun apa yang aku tekankan dalam diri sendiri & anak2...pelihara Islam dan hukum2nya Isyallah Allah SWt akan memelihara kita dari api neraka.

Kita tidak boleh berseloloh dengan hukum yang telah ditetapkanNya. Bila kita menutup aurat ala tangkap muat atau separuh masak dan kita rasanya itulah kesederhanaan sebenarnya sedangkan Allah SWT telah memberi panduan sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”


Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)


Pada anak-anak dan anak saudara aku akan menegur secara direct jika apa yang aku perhatikan bercanggah dari hukumNya namun aku bukanlah insan yang sempurna dan aku masih mencari kesempurnaan itu. Biar kita tidak nampa ranggi di mata orang, tidak nampak moden di mata org namun kita nampak indah di mata Allah SWT. Tidak kira di mana kita berada masa santai, berkelah aurat solat dan mencari yang halal adalah keutamaan.


Maghrib nanti kita akan menyambut maulidurrasul. Sambutan kelahiran junjungan besar kita yang membawa rahmat kepada seluruh umat Islam khususnya kaum wanita. Dan daripada Rasulullah SAW telah ditetapkan hukum menutup aurat ke atas muslimah. Semoga Maulidurrasul ini kita dapat memberi hadiah kepada junjungan besar kita .........supaya kita menjadi muslim yg lebih baik daripada semalam.

Comments

Popular Posts