Mengapa Curang & Downgradekan diri mencari yang baru



Aku masih lagi bersedih ke atas apa yg terjadi pada kakak iparku dan aku amat marah dengan tindakan abangku sendiri. Bagi aku apapun yang terjadi usahlah kita ikut fahaman barat bila cinta sudah dingin kita berpaling pada insan lain dan menyakiti insan yang berpuluh tahun berkorban jiwa dan raga untuk kita. Insan yang mengikut runtunan hawa nafsu selalunya akan memilih jalan singkat mencari yang haram meninggalkan yang halal. Lebih menyedihkan lagi aku lihat hidup anak2 buah yang sedih dengan tingkah laku bapa yang sepatutnya menjadi pemimpin.

Bak kata abah, insan yang paling bodoh adalah insan yang melupakan pengorbanan yang orang lakukan padanya sedangkan jika dia menghargai pergorbanan tersebut hidupnya akan lebih bahagia berbanding orang lain. Dan kata mak, isteri yang baik adalah isteri yang menghormati mertuanya dan menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri dan sifat itulah yang yang ada dalam diri kakak iparku itu.

Bila berlaku persoalan kecurangan selalunya orang akan mencari mengapa berlakunya kecurangan namun isu sebenar kecurangan adalah bila hidup bertunjangkan nafsu dan kecintaan kepada keduniaan semata-mata.

Bila membincangkan persoalan curang aku tidak berminat untuk merujuk mana2 pakar motivasi yang rata2 mencedok semula apa yang digunakan oleh barat dan di translatekan ke bahasa melayu. Bagi aku orang yang curang adalah orang yang rendah iman terutama orang yang sanggup meninggalkan yang halal demi mencari yang haram. Dan mereka yang curang juga sebenarnya mempunyai penyakit hati yang amat kronik.....sifat keras hati, degil dan juga sedikit bengap membuatkan mereka tidak memperdulikan perasaan sekeliling mereka.

Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)






Comments

Post a Comment

Popular Posts