Anak Mak

Tiba-tiba teringat citer kakak pasal kawannya yang berlagak macam diva. Dia rasa dia serba tahu dan grand segalanya sedangkan .....itu anak yang baru berusia belasan belum lagi sang emak yang berperangai menunjuk2 mcm citer Mak Dara zaman P.Ramlee.

Ibu adalah acuan kepada anak-anak. Ibu juga adalah guru pertama buat insan yang bernama anak. Melihat anak orang akan kenal dan tahu siapa ibunya. Umpama peribahasa bapak borek anak rintik...mak cun kompom anak cun he he he. Kalau mak jenis *sembang kencang tak nak goyang anak lagi la sembang ala taufan terus buat orang tumbang* ha ha ha..... Erm kalau mak kaki sopink sure anak nanti tiap hari nak pergi sopink komplek.

Teringat cerita seorang teman, dulu dia selalu memarahi emaknya sebab selalu menyimpan plastik dan tipuware dan kini dia telah mengulangi apa yang dilakukan emaknya tanpa disedarinya.

Aku juga seorang anak dan banyak mewarisi sifat mak. Sifat sabar mak, sifat bertoleransi dan peramah dan kuat berkerja sebagaimana orang2 melayu di selatan Thai. Aku dan kakak2 juga sebagimana mak tidak mudah terpesona dengan kemewahan kesederhanaan adalah pakaian diri kami. Dek kerana itulah dari dulu lagi aku tidak mengajar atau memakaikan barang barang kemas kepada anak2 daraku dan aku juga tidak ghairah mendandankan mereka.

Aku lebih ghairah membelikan bacaan kepada anak2 dan juga menerapkan mereka dengan Addin.

Aku tidak sempurna dan ketakutan aku anak2 mewarisi akan ketidaksempurnaan dari sifatku ini.


























Comments

  1. suka baca blog awak.. :)

    ReplyDelete
  2. Jazakallah yg baik itu datang dari Allah SWT & yg jelik drp kelemahan diri ....

    ReplyDelete
  3. nice blog...jom2 follow sy...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts