Saka & pendamping .....
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.
Namun balik kampung baru ini mak saudara ada menceritakan kejadian sebenar yang berlaku di sekolah tempat ia mengajar dimana ada 2 pelajar yang mengalami histeria. Rupanya salah seorang pelajar (A) ini mempunyai saka keturunan dan saka yang mendampinginya menyukai pelajar seorang (B) lagi ini. Menurut mak chik semasa si B terkena histeria dan ustaz datang memberi bantuan ia pengsan namun apabila ingin diangkat pelajar yang berat dalam 40kg itu mereka rasakan amat berat sekali. Mereka membawa B ke surau manakala A pula tiba-tiba seolah dirasuk dan tidak mahu masuk kesurau. Semuanya berkumpul dalam surau dan ustaz dan ustazah cuba memulihkan kedua2 pelajar ini. B telah sedar tiba2 A yang berada disebelah mak chik mengeletar, dan dia memberitahu saka tersebut berada dihadapannya. Mak Chik memintanya membaca surah2 pelindung. Bila semua telah selesai mak cik dan B berjalan menuju ke kantin sekolah tiba2 B mengadu hujung jemarinya kebas2 ..."cikgu saya rasa dia nak masuk pula",...terus mak cik membawa pelajar tadi bertemu ustazah yang merawatnya.
Dihari yang lain Mak Chik secara tidak sengaja bertemu dengan ibu saudara A yang juga tukang urut yang selalu dikunjungi mak chik dan mak chik menceritakan perihal yang terjadi di sekolahnnya. Apa yang diberitahu oleh ibu saudara A yang keluarganya cuba membuang saka yang menghantui keluarga mereka. Mendengar apa yang diceritakan mak chik mungkin ada realitinya kerana orang melayu zaman dahulu memang suka merantau dan membuka tanah baru mungkin ada kaitan dengan pendamping .....mungkin juga ianya berlaku takala nenek moyang dahulu mempunyai kepercayaan lain.
Comments
Post a Comment