Bila anak merajuk

Versi merajuk di daratan
Versi merajuk di dalam ayaq

Sebagai anak aku memang jarang merajuk he he he tak caya tanya mak & abah. Aku jenis easy going buat apa nak merajuk sebab mak kata org merajuk selalu rugi mana taknya cuba merajuk masa makan & tak nak makan kan dah rugi. Dan aku juga memang tak ada seni memujuk so kalau hubby atau anak2 merajuk sendiri mau ingat la......mama tak akan pujuk sorry he he he.
Rujuk pic dia atas itu adalah aksi2 merajuk anak dara mama. Yang sulung sampai no 3 suka sangat merajuk bila ada yang tidak kena & bila merajuk mula la macam singa hilang anak ermm macam sapa agaknya???? Erm merajuk merajuk juga tapi jangan sampai menjadikan kita berdosa ngan mak bapak ingatan buat anak2 mama yang suka merajuk. Kenapa kakak merajuk? Kes berpunca daripada baling seluar syasya di pantai sampai berlaku pergaduhan end up ada yang kena marah & ada yang merajuk....
Di bawah ini adalah tip untuk menghadapi anak merajuk
Elakkan Dari Anak Merajuk (macam mana nak elak mama tak tau pun kenapa depa merajuk dok tak dok tarik muka masam but kes anak2 mama merajuk tak la sampai dok reyau melalak macam artikel ni)

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk (erm mcm mana nak tanya bila tanya depa jadi macam rimau & singa so mama biap pi kat depa la)

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk (mama akan pujuk pada yg mau dipujuk pada yg macam singa minta maaflah ttp selalunya bila anak2 dah ok mama akan menerangkan kenapa & mengapa ada benda dibolehkan dan tidak dibolehkan)

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.
Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk
Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.
Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk (ni konsider rajuk kronik ...anak2 mama tak la sampai tahap ni)
Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....
Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....
Letihla melayan orang merajuk.....

Comments

  1. Kalau saya.. Anak yang suka merajuk ni anak yg manja.. Dari kecil lagi sy dh ajar.. Kalau merajuk masuk bilik gelap.. Sampai dia minta maaf.. Lepas dia dh minta maaf dan keadaan emosi anak dh reda.. Sy peluk n cium dia.. N kate kar anak yg 'mama sayang kamu'.. Alhamdulillah.. Anak2 sy semua bila di bawa keluar org akan kata anak saya baik dan mudah di urus.. Sejak umur dia 2tahun lg sy dh ajar mereka..kalau salah masuk dlm bilik gelap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts