STATISTIK DAN PUNCA PERCERAIAN: LPPKN


Akhir2 ini terlalu banyak kes penceraian kedengaran di tepi cuping telinga kebanyakkan melibatkan kecurangan pasangan. Ramai teman yang agak rapat denganku mengalami masalah ini dan ianya berakhir dengan penceraian.

Sukar bagi kita menelah permasaalah ini apapun sebagai orang dewasa kita sepatutnya matang dalam membuat keputusan mengapa dicari yang haram sedangkan yang halal telah ada. Mengapa disalahkan undang2 sedia ada sedangkan undang2 yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak dapat kita ikuti.


Suami atau Isteri patut meletakkan Islam didalam hati dalam membuat sesuatu perkara. Jangan sampai anak2 menjadi mangsa atas tindakan yang kita buat.


KUALA LUMPUR: Langit tidak selalunya cerah..Siapa mahu keluarga yang telah dibina berakhir dengan perceraian? Siapakah si waras yang mahu bahtera rumahtangganya berakhir dengan kemusnahan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak telah hadir di sisi menagih kasih sayang, penjagaan dan keprihatinan.

Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dibuat lawak. Bergegar ‘Arasy Allah bila Talaq berlaku dan Talaqlah perkara ‘halal’ yang paling dibenci Allah.


Bila sebut perkahwinan maka ia adalah ‘aqad untuk saling bertanggungjawab, beramanah, bersefahaman, bertoleransi malah ia adalah sebuah perkongsian pintar yang terbina di atas Mahabbatullah bersuluhkan iman, ilmu dan pengalaman bersumberkan firman dan sabda.

Bila perinsip asas ini gagal dihayati, maka perkahwinan hakikatnya dibina di atas dahan yang sangat rapuh. Sudahnya, ia bagaikan empangan retak yang menanti belah. Faktor-faktor lain ketika itu hanya bertindak sebagai ‘penambah perisa’ kepada ketidak tentuan dan keretakan itu.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, telah berlaku 42.3 peratus kes perceraian dan peratusannya seperti berikut:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

B. Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan:
1. Cina, iaitu 45.8 peratus
2. Melayu (44.9 peratus)
3. India (20 peratus).

C. Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai:
1. India : (30 peratus)
2. Melayu (7.4 peratus)

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman DI dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur semalam.

beritaharian online@sahabatamal


Comments

Popular Posts