Open Minded or Dirty Minded
Terbaca blog Zaman berzaman tetiba teringat aku pada peristiwa yang terjadi setahun lalu..aku sebenarnya ingin melupakan peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut mengenalkan aku pada seorang perempuan yang mengelarkan dirinya "open minded" & City Girl.....semasa dia memberitahuku aku tersenyum dalam hatiku memang budak ini dangkal ilmu. Mungkin perempuan itu merasa vogue bila setiap dirty emailnya sentiasa mendapat response jantan2 di pejabatnya. Biasalah lelaki akan menjadi jantan bila ada betina menonjol diri. Dan melalui beberapa teman yang aku kenali rapat menceritakan perihal perempuan ini aku menarik nafas panjang walaupun dia memperlekehkan diriku namun aku sedar Allah SWT lebih mengetahui dan kupasti timbalbalasnya akan diterimanya suatu hari nanti. Dan adalah dayus bagi suami membiarkan isteri menceritakan atau bercerita perihal hubungan intim dengan lelaki lain kerana perbuatan ini akan mendekatkan mereka dengan maksiat.
Kecetekan ilmu dan agama membuatkan kita dangkal menafsirkan sesuatu sebagaimana yang dikatakan dalam blog zaman berzaman .
Konsep "Open Minded" yang disebutkan di atas menolak kepercayaan tradisi sesuatu masyarakat dalam mengamalkan sesuatu kebiasaan atau adat yang tidak masuk akal tanpa mengetahui sebab-sebab dan asasnya. Dan "open minded" ini akan menjadikan kita masyarakat yang cuba mendalami ilmu juga bekerja kuat dalam merealisasikan impian kita. Misalnya, open minded dari segi menolak kepercayaan kuno nenek moyang seperti percaya perkara karut. "Open Minded" kepada ilmu dan teknologi baru yang tidak bertentangan dengan agama. Open minded bukan berfikiran bebas (dirty minded) sehinggakan seorang isteri mencanangkan cerita-cerita sex kepada lelaki lain yang bukan muhram.
Hanya si tolol yang bodoh & berfikiran seperti pelacur sahaja menganggap dirty minded itu open minded. Dan sesetengah orang hanya suka bercakap tanpa memikirkan akibat yang bakal terjadi daripada perbuatannya dan orang itu tidak pernah merasa berdosa akan perbuatannya itu.
Comments
Post a Comment