Siapakan di sebalik Februari....
Mak bagi tau aku lahir hari ahad semasa bulan penuh iaitu 15 muharam bersamaan 18 Februari ........terima kasih mak & abah kerana melahir, membesarkan dan menjadikan aku sebagaimana aku kini. Itu adalah hadiah terbesar dan paling bernilai untuk aku yang bernama anak.
Sejujurnya, aku tidak pernah menyambut hari lahir.....pernah dulu semasa belajar kawan2 menyambutnya....bagi aku sambut atau tidak tidak menghilangkan nilai seorang yang bernama aku. Dan aku tidak pernah merasa ralat bila Mat terlupa akan tarikh lahirku. Dan aku juga tidak membiasakan sambutan ala barat ini kepada anak2ku.
Bagi aku kita patut bersyukur dan bersujud padaNya yang melahirkan kita sebagai umat Islam. Berselawat kepada junjungan besar. Dan kita patut berterima kasih pada orang2 sekeliling kita kerana menjaga, memelihara, mendampingi kita dengan seikhlas hati.
Dibawah ini adalah tafsiran Dr Fadhilah Kamsah mengenai peribadi org yang di lahirkan di bulan february. Ada la sedikit sebanyak persamaan.
FEBRUARI
- Berfikiran abstrak. (yup betoi ...dulu dok kelas sains tp mengila dengan menulis sajak & kurikatur)
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak. lebih kurang mcm di atas la letih nak xplain
- Bijak dan pintar .....betoiiii la esp mate tak caye tanya anak dara mama he he he
- Berpewatakan yang mudah berubah. ermmm...betoi la tu yg watkan cik mat hangin sangat jup yg tu pass tuh yang ni plak
- Mudah menawan orang lain. no komen
- Agak pendiam. sebenarnya bukan peramah pun
- Pemalu dan rendah diri. sama seperti di atas
- Jujur dan setia pada segalanya. betul....jujur & setia adalah elemen penting dalam mencapai kebahagiaan
- Keras hati untuk mencapai matlamat. type ketegaq la klu nak sesuatu akan buat sampai dapat
- Tidak suka dikongkong. sapa suka dikonkongkan
- Mudah memberontak apabila dikongkong. dah dikonkong sahih la memberontak
- Suka kegiatan yang lasak. ye ye dulu la sebelum overweight
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. ermmm...agaknya
- Mudah mempamerkan marahnya. takkan nak marah kat belakangkan nati org tak tau rugi la
- Tidak suka benda yang remeh-temeh. membazir masa saja
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. mmg betoi sgt
- Sangat berani dan suka memberontak. la ni dah baik sket ....banyak sabaq
- Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. cita mahu mengapai kejora... : )
- Pemerhatian yang tajam. ermm betoi tp tak suka cari salah org
- Suka hiburan dan sukan. no komen sbb zaman bersukan mcm dah berlalu
- Suka benda yang bersifat seni. hat ni memang betoi
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. he he he dia kut
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Oh no no no....minta simpang
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. yg nih bukan dia ...chek jenis tak suka sopink pi sopink komplek pon pening
- Belajar untuk mempamerkan emosi
Comments
Post a Comment