Sebelum Halimah Jongang memang orang dah kenal siapa Sheera
Tadi tertengok Melodi kebetulan masa itu A Aida tengah melepaskan geram dikatanya kononnya tanpa Halimah Jongang tak der sapa kenal siapa Sheera.....terkejut juga aku sbb aku tidak pernah tgok drama halimah Jongang tapi memang kenal Sherra yang sebelum ini banyak membintangi drama2 milik Skop Production dan ramai yang kenal Sheera itu anak kepada artis Aznah Hamid....tp maaflah chek tak berapa kenai dengan A Aida yang tahu pasai dia sbb isu dia nagan x-hubby dia tu je.
Di bawah ini adalah artikel mengenai kes saman A Aida yang di ambil drp http://www.artis.my
Bagi sesiapa yang tak tahu menahu hal ni meh kami pendekkan cerita yang bagi kami tak hangat sangat pun ni. Yang menghangatkan cerita ini sebab kami tengok Melodi keluar perkataan ‘kepala hotak dia’ dan pelbagai di dalam sesi interview wartawan dengan pengarah filem Halimah Jongang. Indah sungguh bahasa keluar di siaran TV untuk tatapan anak-anak kita ya.
Ceritanya begini. Penerbit cerita Halimah Jongang, A.Aida mengemukakan saman terhadap pelakon utamanya, Sheera.
Kenapa? Aida marah tindakan pelakon utama siri itu kerana merosakkan imej watak yang dibawanya (Halimah Jongang), apabila keterampilan Sheera tidak mencerminkan imej watak tersebut.
Aida menambah, ada satu ketika di satu majlis pelancaran, Sheera tampil dengan potongan rambut paras bahu diwarnakan perang. Perubahan ini menyebabkan skrip dan dialog perlu diubah semula agar selaras dengan imej baru Sheera.
Kemudian, Sheera tampil sekali lagi dengan rambut lebih pendek seperti lelaki untuk disesuaikan dengan filem ‘Aku Bukan Tomboy’ terbitan Skop Productions.
Aida menjelaskan Sheera melanggar kontrak apabila mengambil tawaran berlakon lain semasa penggambaran Halimah Jongang. Sheera juga pernah meninggalkan lokasi untuk ke sebuah penggambaran filem di Langkawi.
Tambah beliau, kehadiran imej itu merosakkan imej Halimah. Peminat boleh lihat sendiri perubahan tersebut bermula episod 27 hingga 39, ditayangkan setiap Rabu, Jam 9 Malam di Astro Prima.
Itu kata Aida.
Di pihak Sheera pula, pelakon tersebut tergamam apabila dituduh sedemikian.
Beliau terkejut dengan tindakan Aida kerana semua keputusan sebenarnya telah pun dibincangkan, malahan Aida sendiri mengetahui jadual lakonannya.
Sheera mendakwa tidak melanggar kontrak apabila Aida sendiri telah bersetuju dia ambil tawaran lain selepas 13 episod blok kedua.
Ibu Sheera, Aznah yang menguruskan segala perjanjian dan perbincangan ketika dihubungi, bagaimanapun, memberi jawapan yang berbunyi sama dengan Sheera.
“Saya tidak tahu mengenai kontrak yang ditandatangani Sheera kerana ketika itu saya tidak mengikutnya. Namun mengikut perbincangan antara saya dan Aida ketika dia sibuk merayu untuk Sheera terus berlakon dalam musim kedua, saya memberitahunya mengenai tawaran filem Aku Bukan Tomboy yang akan dilakonkan Sheera. Malah ketika itu juga, Sheera masih sibuk berlakon untuk drama siri Si Capik.
“Bagaimanapun, Aida bersetuju mengatur jadual penggambaran supaya Sheera masih sanggup melakonkan watak Halimah. Sepatutnya kontrak ditandatangani Sheera hanya untuk 13 episod bagi blok kedua, sebaliknya Aida mengikat terus semua pelakon, termasuk Sheera, untuk terus kekal bersamanya sepanjang 26 episod tanpa henti.”
“Tidak logik untuk seorang pelakon terikat dengan satu projek drama bersiri saja, sedangkan banyak lagi tawaran lain yang datang. Malah sepanjang penggambaran juga, ada kalanya skrip tidak sempurna disiapkan.”
“Janji Aida dulu, untuk blok kedua, watak Sheera tidak banyak kerana kononnya pihak Astro memintanya membangunkan beberapa watak lain, sebaliknya selepas skrip itu siap, babak lakonan Sheera masih banyak.”
“Namun memikirkan soal kerja dan hubungan baik, saya menasihati Sheera menyelesaikan saja tanggungjawabnya meskipun kontrak ditandatangani tidak seperti mana dibincangkan sebelum ini.”
“Sepatutnya Sheera diberi cuti rehat selepas 13 episod sebelum terus menyambung blok ketiga. Masa rehat itu yang Sheera peruntukkan untuk membintangi filem Aku Bukan Tomboy dan memotong rambutnya pendek mengikut kehendak watak.”
“Jujurnya, Sheera memotong dan mewarnakan rambutnya selepas selesai berlakon untuk 13 episod. Justeru saya tidak nampak masalah yang perlu ditimbulkan. Aida sepatutnya memahami jadual Sheera juga,” katanya.
Aznah mendakwa Aida tidak profesional kerana tidak pernah bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
Comments
Post a Comment