Anak lambat membaca

Aku membaca ini dari facebook ex skullmate Tika. Aku amat memerlukan bacaan sebegini memandangkan aku perlu melakukan sesuatu buat As Siddiq. As Siddiq 5 thn dia sudah mengenal hurup namun tidak dapat membaca namun aku tidak sesekali memaksanya. Berhari-hari aku cuba mencari cara supaya As Siddiq cepat membaca sebagaimana adik beradinya yang lain.

Aku perlu melakukan sesuatu supaya As Siddiq tidak ketinggalan bila memasuki alam sek rendah nanti. In shaa Allah akan kukongsikan pengalaman dalam mengatasi masalah ini. Sebagai ibu sedari duli yang tertanam dalam diri aku adalah memberi anak2 ilmu untuk mereka meneroka masa depan. Itu adalah amanah Allah dan aku tidak boleh mementingkan diri.

Catatan Ibu Rose
Terima kasih diatas input bernas mengenai Isu anak lambat bercakap. Ibu sunguh gembira melihat perbincangan dan perkongsian sihat itu. Ibu harap kita akan dapat melakukan sebegini selalu.

Sempena menyambaut Maal Hijrah serta kerana mencapai 11,000 ahli, ibu ingin menghadiahkan sebuah perkongsian pengalaman ibu dalam mengatasi masalah anak lambat membaca. Walaupun ini bukan isu anak lambat bercakap, prinsipnya tetap sama:Yakin dengan Allah, Berdoa kepadanya, Yakin anak boleh melakukannya. Sabar dan prihatin Rasa jiwa anak Buat untuk anak bukan takut apa orang kata Ambil langkah medical, sekadar memastikan sahaja Beri sokongan dan semangat ELAKKAN TAKUT dan BIMBANG yang berlebihan Elakkan mengejek Relaks and take it easy Bacakan doa-doa BERSYUKUR  Salam Kasih dari ibu
 

Sekiranya kita mahu melihat keputusan positif yang berpanjangan, kita perlu melakukannya mengikut kekuatannya. Kita telah diajar sejak dahulu lagi, memberikan kutukan akan menggalakkan mereka melakukannya dengan lebih baik. Saya tidak tahu bagaimana pengertian ini dapat memasuki jiwa kita tetapi bagi saya ia tentu sekali satu strategi yang salah, malah merosakkan keyakinan diri anak kita.
Untuk menjayakan hasil positif yang berpanjangan ke atas diri anak-anak kita, binalah kekuatan yang telah ada dalam diri mereka. Sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, tetapi mempunyai prestasi dalam bidang sukan atau mempunyai kekuatan kepintaran dalam hubungan antara manusia, lebih baik kita menolong mereka untuk membinanya. Kepintaran ini adalah umpama mutiara di kalung mutiara. Satu digugurkan akan menggugurkan kesemuanya; satu dijatuhkan membuatkan semuanya bertaburan di lantai.
Anak lelaki saya Anas, hanya dapat membaca dengan lancar pada umur lapan tahun. Sungguh susah mengajarnya membaca. Ia tidak faham langsung teknik yang digunakan. Saya hampir-hampir berputus asa tetapi sebagai ibu, kasih sayang saya kepadanya memaksa saya mencari jalan penyelesaian. Pada ketika itu, pengetahuan saya tentang ‘Kepintaran Pelbagai’ ini dan cara meningkatkan prestasi anak-anak sungguh terhad, tetapi walau bagaimanapun saya telah diberikan cara untuk menangani masalah itu dan saya sungguh bersyukur hingga ke  hari ini.
Saya dapati sejak dari kecil Anas sungguh gemar melukis. Pada hakikatnya, setiap kali apabila saya mahu mengajarnya membaca, dia akan bertanya, bolehkah saya melukis? Pada mulanya, saya sungguh marah kerana saya fikirkan dia cuba mengelak dan malas belajar. Nasib saya baik kerana saya mendengar kata hati saya dan tidak hanya membenarkan dia melukis tetapi juga membelikannya set peralatan untuk melukis. Selama seminggu saya tidak mengajarnya membaca. Saya hanya memuji lukisannya yang benar-benar cantik. Dia memperoleh keyakinan diri dan pada masa yang sama mendapat galakan untuk belajar membaca. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kebolehan membacanya meningkat dengan begitu mendadak.
Kini, Anas seorang anak muda yang sungguh membanggakan saya. Dia mengambil jurusan Seni Reka Grafik di sebuah universiti tempatan dan pada masa yang sama, menjadi seorang pereka Seni Grafik Bebas (freelance graphic designer) yang membuat seni reka grafik untuk beberapa buah syarikat. Dia amat berminat dengan apa yang dilakukan olehnya. Dia membesar menjadi seorang yang sungguh berbakat, bertanggungjawab, dan menjadi pemuda yang berkeyakinan tinggi. ‘Sejuk perut saya mengandungkannya’. Dia merupakan anugerah yang amat istimewa.
Setiap kali saya melihat hasil kerjanya, saya tidak dapat menahan air mata saya yang gugur bercucuran apabila saya memikirkan semua ini dan tanggapan saya bahawa masa depannya gelap kerana dia tidak pandai membaca. Saya sungguh bernasib baik kerana memegang kepercayaan kepada kelebihan yang dianugerahkan kepada dirinya dan mengambil langkah yang betul untuk mengasuh pemberiannya itu. Saya hampir menjadi ibu yang menangis dan merintih melihat nasib anaknya musnah akibat kemarahan dan kebencian kepada kekurangan diri sendiri. Bersyukur saya kepada Tuhan, yang memberi saya petunjuk-Nya.

Kepada teman- semua, apa yang saya cuba katakan di sini ialah jangan sesekali putus harapan terhadap anak-anak dan murid-murid anda. Jangan sesekali memikirkan mereka tidak pintar dengan hanya mengukur prestasi pelajarannya di sekolah. Lihat jauh ke dalam dan cuba dapatkan potensi semula jadi mereka yang telah dianugerahkan serta didiklah mereka kerana inilah inti pati sebenar seorang pendidik. Seorang pendidik bertanggungjawab untuk menggilap potensi yang sedia ada pada setiap murid di bawah jagaannya. Ini adalah kerana setiap murid yang datang ke dunia ini membawa dan dilengkapi dengan potensi semula jadi masing-masing yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai satu bekalan untuk meneruskan misi kehidupannya di dunia ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


BI
Should we want to see lasting positive results, we need to work on their strengths. We were taught previously somehow that by condemning we would encourage good result. I do not know how this notion got into us but I am definite it is not just a wrong strategy but also detrimental to the self-esteem.

To have lasting positive results on our children, build on their strengths. If your child is not doing well in school but he is so good in sport or have strong inter-personal intelligence then build on that. These intelligences are like pearls on the pearl necklace. Lifting one will help lift the rest. Pulling one down will bring the rest down too.

My youngest son, Anas, was only able to read fluently at the age of eight. It was so difficult to teach him to read. It was as if it did not register into his brain. I almost gave up but being a mother, my love for him is unconditional and so I looked for the solution. At that time my knowledge regarding these intelligences and child up bringing was very limited but somehow I was guided to take an approach that I am grateful for until today.

I noticed that since small Anas loves drawing. In fact every time when I wanted to teach him to read, he would ask me if he could draw. Initially, I was very angry because I thought he was trying to run away and was being lazy. Fortunately, I listened to my heart and not only did I allow him to draw but I bought drawing sets for him. For a few weeks, I did not even bother to teach him to read. I just praise him genuinely on his drawings that were really beautiful. He gained his confidence and at the same time gain courage to learn to read. Within a few weeks after that, his reading ability shot up. Now a young adult, Anas really makes me proud. He is studying graphic design in one of the local varsities and at the same time a freelance graphic designer that does graphic design work for companies. He loves what he is doing. He had grown up to be a very talented, responsible and confident young man. It is a privilege to have him as my son.

Every time I look at his finished work, I cannot stop my tears from coming out for I came so close to thinking that he would not make it in life because he was so slow in learning to read. I was fortunate to hold on to my belief in his gifts and took the right step to nurture those gifts in him or else I would be amongst those parents who cry their hearts out to see their sons perish in anger and self-hatred. Bless be to God, the One that gives us His guidance.

What I am saying here, dear friends, is not to ever give up on your child or student. Do not ever think that they are not intelligent just by taking their performance in school as the means of measuring their intelligence. Look beyond and deeper into them and find their true potential/s and gifts and nurture them because that is the essence of an educator. An educator is to unleash the inborn potentials in his charges. This is because every child that comes into this world brings and is equipped with his inborn potentials and gifts to help him to carry out his mission in this world.
 Love Always - Ibu Rose

Comments

Popular Posts