As Siddiq & Pembelajaran Awal Kanak-Kanak
AsSiddiq dah masuk 4 tahun 23 July ni dari awal tahun terfikir nak masukannya ke mana2 kindergarden. Tapi cik B cakap tunggu bagi dia besar sikit yelah nak naik van lagi kalau tahun depan ok la sikit.
Kakak, Abang & alang dulu umur 4 tahun sudah masuk kindergarden, Qdess. Lani masih terpikir nak masukkan si kecik ni di mana mula hari tu nak masukkan saja di Qdess tp banyak persoalan bermain di minda. Sebagaimana abang pada 4 tahun aku masukan di Qdess namun pada 5 dan 6 tahun aku tukar ke Pasti kerana inginkan kelainan. Alhamdulillah seawal umur 5 tahun abang sudah pandai imankan solat dan petah menghafal beberapa surah.
Kepala masih lagi berfikir sehingga ahad aku menonton siaran Nona mengenai The Little Caliph , terus aku mencari info mengenai kindergarden ini. Tempat paling dekat dengan kediaman ku adalah di center Meranti Jaya. Aku memang tertarik dengan konsep pembelajaran di The Little Caliph. Dan satu lagi Genius Aulad yang mana center terdekat dengan kediaman di Tasik Prima. Yang lain yang seperti CIC (Children Islamic Center).
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dimana saat ini perasaan ingin tahu dan keinginan mereka menyerap segala info amat tinggi dek kerana itulah aku tidak berkira jika melabur untuk pendidikan awal anak2. Apa yang dilalui oleh kakak, abang dan alang adalah contoh pembelajaran awal yang di terima mereka.
As Siddiq sudah mengenal huruf dan number dan amat berminat bila kita bacakan buku untuknya. Asal saja ke Popular atau MPH pasti dia akan mencari buku-buku kegemarannya dan setiap kali pulang kerja & mahu tidup wajib membacakannya buku tersebut. Insyaallah awal tahun depan As Siddiq akan ke kindergarden yang mana masih lagi difikiran.

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletecomeiinye dia..
ReplyDeletepsstt: dak ammar pun masih menyusu botol lagi, kita pujuk pun dia tetap cari botol susunya..