Selamat Hari Ibu

Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Mengingati ibu tidak semata-mata hanya hari ini tetapi ianya selagi hayat dikandung badan. Ingatan pada ibu tidak hanya pada wang ringit dan harta benda tetapi lebih kepada amal jariah supaya ibu kita mendapat kemuliaan disisi Allah SWT.

Doakanlah agak syurga itu menjadi milik ibu kita....sebagaimana doa ibu kepada kita supaya kita berjaya dunia & akhirat.

Mengapa kita berjaya kini? Walaupun kita tahu usaha kita bukanlah seberapa, ini adalah kerna keberkatan doa seorang ibu yang tidak pernah kenal penat dan lelah.

to all fren luar sana selamat hari ibu.....jadilah ibu yg mampu melahirkan anak yg seperti adil Al fateh dan berani sebagaimana Al Aiyubi....





Comments

  1. hari-hari adalah hari ibu.. moga anak-anak menyayangi kita selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete
  2. aizamia moga doa mereka sentiasa mengiringi kita dunia & akhirat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts