Wanita Malaysia Kedudukan Ke 16 Tertekan Di Dunia

Wanita Malaysia Kedudukan Ke 16 Tertekan Di Dunia....ke 16 kira tinggi tu. Apa penyebab wanita tertekan...apapun sebagai muslim kita harus yakin qado dan qodar ditentukan oleh Allah SWT. Redho atas sesuatu yang menimpa diri akan menghilangkan tekanan yg di hadapi serta sentiasa yakin Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. La Tahzan ...jangan lah bersedih kerana Allah SWT sentisa bersama-sama hambanya.

Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.

Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.

Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).

Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Sumber: BERNAMA

Comments

Popular Posts