Aku menulis bukan kerna nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Di atas adalah lirik lagu Bukan Kerna Nama antara lagu yang menjadi siulan mindaku selain lagu Man Bai Kau Ilhamku he he he. "Mengapa menulis diblog tanya incik B"...sebenarnya kita tidak tahu adakah esok kita masih ada di alam ini jadi tulisan-tulisan ini bakal dibaca oleh anak2 dan generasi seterusnya andai aku sudah tiada. Pesanan-pesanan buat anak2 ada tertulis di sini supaya mereka sentiasa ingat dan tidak melampaui batasan sebagai insan yang bergelar muslim.

Dengan menulis aku boleh menyampaikan isi hati yang kadang kala tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Membaca dan menulis mempunyai hubungan yang amat erat. Orang yang suka membaca akan minat menulis...minda sentisa minta diisi dan adakalanya perlu diluahkan melalui penulisan.

Kata teman ...menulis kadang kala dipengaruhi oleh mood ...mungkin ada betulnya. Bila menulis jiwa kita akan meresapinya...tulisan kita akan mempamerkan rasa marah, kecewa, hiba, gembira, syukur dan redho berkadar langsung dengan suhu jiwa dan hati kita. Tetapi sebagai insan yang Allah SWT kurniakan akal rasanya kita mampu menyekat suhu panas dari mengalir ke dalam penulisan kita ...ya ianya bukan perkara mudah namun kematangan dek pengalaman membolehkan kita berperilaku sebegitu.

Comments

Popular Posts