Bahagia itu di tangan kita

Saudara mara dan handai taulan adalah insan yang akan membuatkan hidup kita ceria dan bahagia. Semuanya pilihan terletak ditangan kita samada kita mahu memilih untuk menyendiri ataupun menikmati hidup hari ini selagi kita bernafas.

Jarak umur yang jauh dari abang dan kakak membuatkan aku sering kesunyian semasa kecilku ditambah pula rumah abah ditengah sawah dan agak jauh jaraknya dari rumah sepupu yang lain. Usia kecilku banyak ditemani oleh Det iaitu kucing liar yang akhirnya dapat dijinakkan dan seekor ikan keli yang ada didalam telaga. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya keli itu, secara tiba2 suatu hari aku nampak kelibat keli itu dan bermula hari itu aku mulai berada di tepian telaga memberi belalang untuk di makan oleh keli.

Laman abah yang sepi akan riuh rendah apabila abang2 dan kakak2 pulang bercuti terutama di hari raya. Itulah antara faktor mengapa aku amat menyukai bila ada pertemuan beramai2 antara adik beradik. Indah sungguh suasana tu.

Anak2 telah aku dan suami biasakan dengan interaksi sosial. Mereka telah biasa bila berada ditengah2 kelompok yang ramai malah suasana itu yang membuatkan diri merasa amat bahagia.

Pilihan mahu bahagia atau tidak terletak di dalam diri kita. Kitalah penentu kebahagian kita pada hari ini usah ditoleh kesuraman semalam.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.



Comments

Popular Posts