Welcome Back Sifu


Welcome back my sifu  ....aku gelarnya sifu kerana dialah yang membawaku ke dunia blog ini. Kami kenal melalui group Relexjap kemuadian diikuti dengan pertemuan2 yang mana telah membuatkan ikatan antara kami akrab dan dalam masa yang sama aku mengagumi kekuatan dalamnnya. Aku, sifu dan seorang lagi teman takala itu bersama2 melakukan kerja sukarela berhadapan dengan pihak pemaju dalam usaha supaya rumah yang kami beli pada tahun 1999 disiapkan. Kami bersama-sama beberapa lagi teman yang turut menjadi mangsa kerakusan pemaju akhirnya berjaya mendesak pihak pemaju menyiapkan kediaman yang kami duduki hingga ke hari ini. Dari saat itu aku banyak belajar sifat setia kawan, semangat sukarelawan malah mengenalkan kami pada tong-tong kosong yang hanya kuat berbunyi.

Bagiku setiap insan disekeliling kita mempunyai sifat positive tersendiri. Dan semua insan ada kebaikan tersendiri. Yang pasti kita perlu positive dengan persekitaran kita dan ianya akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita.



Comments

  1. He..he..mcm kelakar plak , apa taknya, 3 tahun meninggalkan dunia blog..nak mula balik pun dah lupa dgn gadget2 yg ada....Apapun, thanks for encouraging me back..Rasa seronok plak bila dah mula balik....

    ReplyDelete
  2. aku tau dlm minda ko sarat dengan idea.....satu yg aku suka pic2 chantik dr DSLR ko tu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts