Aku Budak Hostel - Ramadhan budak hostel

Berada di hostel pada bulan ramadhan merupakan satu saat yang memilukan. Hati asyik saja teringatkan hidangan-hidangan berbuka di rumah. Air tangan mak yang sentiasa membuka selera. 
suasana dewan makan tahun 1990
dah lawa dewan makan selepas 22 tahun

Menu di hostel sama saja cuma ada tambahan kueh dan kurma. Dan di ramadhan selalu Allahyarham Cikgu Ramli iaitu bekas pengetua Essemjay akan datang bebuka dengan para pelajar.
Berposing nak ke PARAM ke? he he he
Suasana beratur panjang dan suara-suara omel-omelan seolah terpampang didepan mata. Aspuri akan berbuka di dewan makan manakala aspura akan berbuka di bilik bacaan bersebelahan dengan bangunan aspura yang juga tidak jauh dari dewan makan.
Aspuri 1990
di sinilah lahirnua insan minda KELAS PERTAMA

Di ramadhan pelajar asrama dibenarkan untuk keluar membeli juadah di pasar ramadhan (PARAM). Macam-macam boleh dibeli antara yang menjadi kegemaran adalah laksa kilo. Laksa kilo?.

Laksa kilo adalah laksa yang dijual mengikut kiraan kilo bersama dengan timun, bawang, cabai melaka dan daun selom yang tidak dipotong sebaliknya kita akan D.I.Y di dorm.

Saat paling KO masa sahur. Dewan makan jauh bayangkanlah kena bangun di pagi hari terpaksa berjalan  dengan muka bangun tidur silap hari bulan ada aspura yg turut bersahur ....jadi aku selalunya cancel bersahur di dewan makan... ambik cerek panaskan air rendam maggi...ngapp ...ngapp...ngap itulah sahur budak hostel yang pemalas nak ke dewan makan. 
abang senior 22 years ago.....

me & my senior ..


Dan yang selalu aku ingat di ramadhan ini adalah abang senior yang meminjamkan pennya kepada kami di guard house untuk menulis nama di buku register untuk ke PARAM. Dek kerana pen itu sampai sekarang aku kena masak kepada abang senior itu. Si bongsu yang tak suka bersahur ini dah pun pandai bangun 4.00 pagi untuk masakan sahur buat abang senior itu.

Saat yang indah di hostel semasa ramadhan adalah solat terawih dan tazkirahnya. Tidak tergambar keindahannya dimana detik remaja yang disulam dengan pelbagai aktiviti santai kerohanian. Terima kasih kepada para warden yang menghidupkan jadual harian kami sebegitu. Hostel essemjay umpama madrasah aliran menengah yang memupuk kerinduan dan kecintaan kepada ilahi sehingga memberi kesan kepada diri hingga ke hari ini.

Alfatihah kepada Allahyarham Ustaz Husin - warden kami juga merangkap guru agama semoga roh ustaz berada dikalangan orang2 yg dilimpahi rahmah dan kasih sayang Allah SWT.


Comments

Popular Posts