Rahsia Kebahagian RUMAHTANGGA - 3C
Pesona D'Zahra (Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin).
Ketika dalam perjalanan kita mendirikan rumahtangga Allah SWT sebut dalam surah Rum Ayat 22.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. " . (Ar Rum : 22).
Curi Hati
Ketika kita bertemu dgn jodoh biasanya hati menjadi senang dan tenang dan mudah dalam banyak perkara. Kalau cakap pun dah tak tengking2, mula mendengar cakap dan lebih bertimbang rasa. Orang tua2 sebut mencuri hati dan bahasa lain mengorat. Apabila sesorang itu telah berkahwin dan berakad nikah amat perlu sentiasa mengorat atau mencuti hati pasangan sebagaimana sebelum kahwin. Bukan mengorat suami atau isteri orang sebagaimana sebelum kahwin. Seseorang itu perlu lebih memahami pasangan. Bila pasangan bercerita cuba dengar dan fahami. Kita perlu contohi Rasulullah SAW dengan isteri seperti mandi bersama-sama dan bermain2 seperti berlumba lari. Dari ‘Aisyah r.a ia berkata:
“Saya dan Rasulullah pernah mandi bersama dengan satu bekas. (Kami bergantian menciduknya). Beliau sering mendahuluiku dalam menciduk sehingga aku mengatakan, “tinggalkanlah selebihnya untukku, selebihnya untukku!.
Seorang perawi yang lain berkata:Mereka berdua dalam keadaan junub”.
Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim dan Abu Awanah].
Dan Rasulullah SAW tahu bila Saiditina Aishah marah atau gembira kerana dia seorang yg amat memahami isterinya. Kita pula sebagai isteri perlu juga lebih memahami dan mencuri hati suami. Curi hati sepanjang hayat bersama pasangan.

Colek Hati (Surprise)
Kejutan-kejutan yang dibuat oleh pasangan diluar rutin. Manusia ini sukakan perubahan. Melakukan sesuatu yang bukan rutin.
Misalnya beli hadiah. Rasulullah SAW selalu sebut tahaddu tahabbu ...berhadiah hadiahlah untuk kamu berkasih sayang. Selalu ucapkan perkataan terima kasih sebagai penghargaan kepada pasangan.
“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id).
Colek hati suami/isteri dengan kejutan yang bukan rutin. Melakukan perkara surprise kepada pasangan.
Memanggil pasangan dengan perkataan-perkataan yang indah sebagaimana panggilan Rasulullah SAW kepada isterinya dengan pangillan humairaa - merah, cute, comel. Ubah perkara kecil dalam rumahtangga. Misalnya ubah kedudukan perabut rumah.

Cari Hati
Dalam rumah tangga selalu ada pergaduhan dan pertengkaran. Pertengkaran kecil itu bagus untuk memahami. Perkahwinan merupakan penyatuan 2 individu yang perbezaan. Pertengkaran kecil adalah untuk menyatukan dan serasikan 2 individu ini.
Bila ada berlaku pertengaran kita perlu cari balik hati. Cari hati melalui banyak perbincangan dan buka pintu kemaafan. Melupakan dan memaafkan merupakan 2 perkara yang berbeza. Cuba tegur dan bimbing pasangan dan jangan mengungkit kesilapan lalu pasangan. Bila marah carilah perkataan yang baik supaya tidak menyakiti hati pasangan.

Comments
Post a Comment