Zip mulut - aku tak nak MENGUMPAT
ehsan incik google |
Kita ni kan manusia biasa kekadang termengumpat...walaupun ada yang ckp, "ehh aku cakap betul ...si ngok ngek memang bla..bla bala", Kemudian ada pula nasi tambah, "memang dia tu aku tengok pun bla..bla...bla", datang pula orang ke 3..."betul ke dia mcm tu tak sangka ek...", pas tu orang yg ketiga sampaikan pada orang ke 5..."ko tahu si ngok ngek tu bla ...bla bla".... amboi ngumpat mengalahkan mami jarum. Malah ada juga antara kita yg cakap, "aku bukan ngumpat aku buat andaian"....wahh yang ni memang kelas siap ada andaian mcm belajaq ekonomi pulak andaian ceteris peribus.....ha ha ha. Dia tak tau andaian dari mulut tu boleh terjadi fitnah jika andaian itu tidak benar. Bila nampak Incik hubby orang kita dah buat andaian wife dia mcm mana sedangkan andaian kita amat bercanggah. So sesamalah kita zipkan mulut drp acara tidak rasmi yang membawa kita ke neraka...nauzubillah.
Kekadang tu bila tidak puas hati dengan mak dengan anak-anak sekali jadi mangsa umpatan..."ko tau si ngok ngek dia ingat anak dia baik..bla bla bla"..sedangkan org yang diumpatnya mungkin kawan baiknya atau jirannya atau saudaranya. Tak baik tau makan daging saudara sendiri.
Then kalau kita tahu yang si anu & anu tu dah mengumpat kita maafkanlah mereka....lagipun amalan they all dah jadi share kita dividen per annum tuh...jangan marah & jangan melenting..usah jadikan kita sebagaimana mereka.
Petua
Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?
1. Kesedaran
Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.
2. Jangan Marah
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.
3. Pahala
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.
4. Rasai apa yang orang lain rasa.
Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita orang lain pun rasa cam tu jugak ler betul tak?
5. Tempias
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti Eh! tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang berdiam diri juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.
Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.
hihihi bg pahala free je kt org yg kne umpat..ciss..
ReplyDeletesonok kannn...so jgn marah klu dengar org umpat kita..dapat pahala free cam dpt cheque nuffnang he he he
ReplyDeleteapa yang best ntah bila mengumpat.. isu2 yang suka digembur2kan.. janganlah buka aib orang...
ReplyDeletetu la kan aizamia bila kena atas kepala kita sendiri baru rhasa perit bila kena umpat..nauzubillah moga dijauhkan kita drp sifat ni
ReplyDeletewah... lawa design baru... suka color hitam putih...
ReplyDeletetapi warna traffic light tetap menjadi pujaan hati
tp mang ati kta neh mang slu lahir gn pasaan xpuas ti..huk2..kes 2 jadi nk wt ketupat 2..huhu
ReplyDelete