Nak Kenal Couple Sebelum Akad Nikah
Macam biasa artikel ini aku cilok drp scripters nyer posting. Menarik sebab aku pernah terjebak dalam kekhilafan bercinta sebelum kahwin. Sebenarnya haram bagi lelaki dan perempuan yang belum diijapkabul ber"couple" seperti yang dianggap sudah biasa sekarang. Dulu selalu emak pesan...pesan masa awal aku pegang teguh apa yang mak cakap ...tapi sampai satu tahap memang sudah tidak tertepis ...mungkin dia jodohku, namun aku bersyukur pada Allah SWT sebab aku hanya kenal dia saja dan tidak pernah ber"couple" dengan lelaki lain selain En hubby.
Pernah tak anda terfikir, sekiranya bercouple itu haram menurut Islam, bagaimana hendak mengenal seseorang itu tanpa bercouple? Berfikir sebentar ya… Sememangnya zaman sekarang, bercouple itu dah menjadi tren atau budaya anak muda dengan alasan bercouple adalah cara mengenal hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam pernikahan. Ingat ya bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yg paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan. Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan.
“Cara yang dianjurkan Islam untuk “couple” yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.”
Tapi perkara bertambah buruk lagi bila masyarakat menganggap pertunangan adalah selangkah telah masuk kealam perkahwinan, yakni pertunangan itu diibaratkan “lesen” untuk pasangan yang bertunang itu berdua-duaan tanpa mahram. Sesungguhnya, konsep atau cara pemikiran itu salah sama-sekali.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Bercouple dan etika pergaulan lelaki dan wanita dalam Islam
Sebagai contoh:
1.) Si Mr M sudah bersedia untuk berkahwin yakni bersedia dari segi kewangan, dalam keadaan yang baik, mental serta fizikal. Encik M juga sudah mempunyai calon atau bakal yang dia rasakan sesuai untuk dijadikan isteri iaitu Cik H.
2.) Disebabkan Encik M ni faham apa yang dimaksudkan dengan konsep pertunangan, maka Encik M pergi berjumpa dengan ibu bapa Cik H dan menyatakan hasrat untuk merisik Cik H.
3.) Setelah ibu bapa Cik H bersetuju, dan Cik juga bersetuju maka Encik M pulang untuk memberitahu kepada ibu bapanya tentang hal merisik tadi.
4.) Keluarga belah Encik M pun menghantar rombongan meminang Cik H.
5.) Dalam tempoh pertunangan ini HARAM bagi lelaki lain untuk bertunang dengan Cik H ini, walaupun nama si lelaki itu Encik X atau sebagainya.
Senang bukan? Tak ada sebarang maksiat yang berlaku dalam proses ini. Dalam tempoh bertunang ini, sama ada setahun, atau dua tahun, si Encik M ni selalulah datang kerumah Cik H, TAPI mesti berjumpa dengan ibu bapa Cik H, bertanyakan khabar, dan kalau nak berborak dengan Cik H pun, perlu ada mahram nya.
“Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.”
Masyarakat kita juga memandang pertunangan ini terlalu serius sehingga malu sekiranya anak-anak mereka putus tunang. Ada yang jadi gila kalau putus tunang. Anggaplah tiada jodoh antara kamu berdua. Putus pun cara baik, dan ikatan yang telah terjalin boleh diteruskan tanpa permusuhan.
Kalau Cerita Pasal Kahwin, Siapa Yang Tak Suka?
Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
“Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)”
Bagi mereka yg mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Dan sekiranya si wanita sudah berkenan dengan si lelaki pun apa salahnya.
Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.
Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.
Akhir kata penulis, mana-mana yang masih bercouple, cuba share entri ni kepada pasangan masing-masing, sekiranya si dia berfikir atau menerima perkara ini sebagai ketentuan ilahi, maka anda mungkin terselamat dari bergelumang dari dosa dikemudian hari.. Moga Allah sentiasa memberi kita petunjuk dan hidayah..aminnn
ma

Comments
Post a Comment