Bercerai...siapa yang jadi mangsa
Semalam kakak bagi tau cerita yang dia dengar drp cikgunya berkenaan kematian pelajar form one di sekolahnya semasa mengikuti teman lelaki membonceng motor di malam hari pada tahun lepas...kakak berkali bertanya cikgunya, "mcm mana budak itu boleh keluar rumah malam-malam". Cikgupun no idea. Dan pada aku pertanyaan itu diulangi. "agaknya dia drp broken family kut ..sebab tak ada sapa nak pantau pergerakkan dia",jawapku. "oo..mcm kes D..la mama mak bapa dia kan bercerai", kakak mulai faham keadaan. "kesian kan mama", kakak dengan wajah sedih. Pada kakak kuterangkan dimanapun kita berada, siapapunkita dan dalam keadaan bagaimanapun kita bila nak buat sesuatu ingat Allah SWT.
Bila berlaku perceraian anak-anak yang menjadi mangsa. Anak-anak yang sepatutnya menjadi modal insan dunia dan akhirat tetiba bertukar menjadi nanah masyarakat.
Bila berdepan dengan anak2 mangsa penceraian aku menjadi sayu dan aku kagum pada mereka yang kuat menghadapi pancaroba dunia semoga Allah SWT melindungi mereka.
Kepada ibu bapa setelah talak dilepaskan mereka rasa putus sudah hubungan antara mereka tanpa mereka sedari ada tali pengikat antara satu sama lain. Ada amanah yang perlu mereka pegang. Orang dulu kahwin muda tapi kalau nak buat sesuatu fikir panjang org lani kahwin hujung 20an tapi silap sikit nak berpisah.
Jiran mertua bercerai tahun lepas, kini anak2 agak terbiar. Nak disalahkan bapa pun tidak boleh sebab dia sibuk dengan urusan kerja demi mencari sesuap nasi. Mak pula merasakan tanggungjawap menjaga anak2 patut diselia oleh bapa.
Kepada ibu bapa diluar sana fikir fikirkanlah demi masa depan anak2 kita.
Comments
Post a Comment