Aku Budak Hostel - Part One
Anak Bongsu. Langsung tidak pernah berenggang dengan abah dan mak tetiba aku dapat tawaran memasuki sekolah berasrama di Jitra. Sedih sebab kena tinggalkan abah, mak, dett (my meow) & teman baikku Normah yang juga anak buahku. Gembira ...walaupun aku tidak dapat Sek Seri Putri, Tun Fatimah & TKC sekurang2nya aku dapat tempat di sekolah terbaik di Kubang Pasu iaitu Essemjay.
Dari sekolah rendah yang sama bersamaku ke Essemjay Salwani dan Norismah. Sepatutnya kami berempat tetapi Nurul Azeri telah memilih Sek Agama Alawiyah, Kangar.
Hari pendaftaran di Essemjay. Perasaan berbaur bila mak & abah melepasi pagar sekolah. Semalaman bantalku basah dengan air mata. Aku tidak lagi dalam dakapan pida.
Aku ditempatkan di dorm H bersama dengan beberapa pelajar lain yang kuingat ketika itu selain Norismah, Kak Long hariyati, Fizoh, Kak Pah Karia, Wani, Along Rohayati, Rahmah dan ketua dorm kami Kak Fiza dan di bantu oleh Kakak2 yang comel iaitu kak Irah & kak Masrida. Pengalaman minggu pertama memang tidak berapa disukai oleh kebanyakan junior setiap malam kami terpaksa bertandang ke bilik senior. Pelbagai perkara mereka minta kami lakukan antaranya mencari plat no kereta warden, ada juga yang diminta menyanyi, dan juga diminta menyalin nama2 kakak2 senior. Jika ada pelajar yang tunjuk lagak mula la akan dikenakan oleh kak2 senior.
Antara pelajar junior batch aku yang top ten ketika itu ialah Cik Pah Leha mungkin kerana dia cute sangat dan dia selalu spikang & ini buatkan kakak2 senior sikit berangin dengannya. Cik Pah, Irawan,Maheran, Aja, Kin, Fishah ditempat di dorm G manakala teman lain seperti Shipah di dorm F.
Namun aku agak bernasib baik kerana setiap kali dorm aku diminta ke bilik senoir pasti ada seorang kakak membawa aku ke dormnya....terima kasih kak anie dorm istana hingap. Jadi banyak perkara yang berlaku semasa minggu orientasi selalu aku terlepas.
Surau Essemjay ....banyak perkara yang kami peolehi di sini dan di sini juga kami telah diasuh menjadi insan yang dekat denganNya |

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, lebih dikenali sebagai SMK JITRA, terletak di tengah-tengah pekan Jitra berhampiran Kompleks membeli-belah PJ.2. Bersebelahan dengan sekolah, terdapat Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Jitra
Sejarah Sekolah
Dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Jitra (SMJ) pada tahun 1997, mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).
Lokasi SMK Jitra amat strategik. Terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia. SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi.
Comments
Post a Comment