Bila aku sudah tiada...Alfatihah

Semalam semasa on the way nak groceries sempat buka FB ....terbaca status FB kak Jat ex-Essemjay *alfatihah anuar ahmad or anuar rambo yg telah ke rahmatullah petang tadi* ...Anuar Ahmad satu batch dengan incik hubby. Tadi chat YM dengan Kamel jiran aka ex-skullmate dia pun bagitau perkara yang sama. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
Tahun 2009 kalau tidak salah dalam bulan march juga kami dikejutkan dengan berita pemergian Chon yang jua maut dalam kemalangan. Alfatihah
Minggu lepas ...lang SURI kakak kepada abah & mak menakan yg paling aku sayang juga telah kerahmatullahh. Tak sempat aku menemuinya. Masih terbayang dalam ingatan wajah lang SURI. Bertubuh kecil sebagimana wanita2 siam sama seperti aruah tok cah.

Tanda2 kita makin tua..bila makin ramai sahabat kita pergi kembali kepangkuanNya. Tanda2 kita makin tua..bila ada sakit sakit menghampiri kita atau kewan sebaya kita.
Tanda2 kita makin tua..bila kita mulai ingin mendekatiNya




Comments

Popular Posts