Opppss Lampu Merah
Oppss lampu merah. Lamanya. Tengok kiri tengok kanan depan belakang. Ada yang membelek muka. Ada yang membuka paper. Ada juga sempat mencalit lipstik. Ada pernah sekali aku nampak sedang mengorek hidung.
Selalunya hanya satu trafik light yang terpaksa aku lalui iaitu selepas Sek Seri Putri. Setiap kali sampai mesti lampu merah dan setiap kali itu pasti tangan aku akan menekan 017-20XXXXX ...he he he "ayang call back" & kemudian handphone kuberdering....sambil drive bersembang dengan Incik Hubby sampai ke rumah. Banyak perkara ingin di update yelah dari keluar rumah samapi 5.30 petang kekadang hanya sempat berbalas email dengannya. Kalau telepon hanya untuk bagi tau dah sampai atau ingin memohon permisi jika mahu kemana-mana. Jadi masa inilah yang sesuai untuk bergayut macam dolo-dolo.
Comments
Post a Comment