I Love You

Saya sayang awak...mungkin juga saya amat sayang ataupun saya terpaksa sayang awak kerana dot dot dot. Hanya pemilik luahan I love you itu sendiri yang dapat mentejemahkan sejauhmana dan sedalam mana sayangnya dia pada insan yg diberikan luahan tersebut.

I love you itu amat subjective sebagaimana kita mendefinisikan kecantikan dan kekacakan manusia.

I luv U dari seorang IBU kepada anaknya...kerana dia yang melahirkan, membesarkan dan sedaya upaya menjadikan zuriatnya seorang yang berjaya dunia & akhirat

I luv U dari seorang BAPA kepada anaknya ..kerana anak itu adalah benihnya dan sedaya upaya dia cuba membesarkan kita serta menjadikan kita berani menghadapi cabaran hidup.

I luv U dari seorang KAKAK/ABANG/ADIK ...kerana ikatan darah daging ..."air dicincang tidak akan putus"

I LUV U dari seorang TEMAN...kerana dialah pengubat duka dan teman dikala tawa ria

I LUV U dari seorang KEKASIH...kerana dia ingin menjadikan kita sebahagian dari dirinya andai I LUV Unya jujur & tulus

I LUV U dari Ya Rab...kerana kitalah hambaNYa dan dialah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang







Comments

Popular Posts