Sokong & Belilah Produk Kita


Sabtu seperti juga sabtu lepas bawa satu family ke opis tapi kali ini papa & anak2 lelaki ke gym taman tasik. Alhamdulillah selesai sudah *task yang buatkan aku sakit jiwa* pukul 1 lebih aku dan family bergerak ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, chef Bakery melalui PICC dan tembus melalui jalan dalam antara Putrajaya & Kajang.




Bertemu dengan Nita isteri kepada Chef Yusni....formal pulak. Sebenarnya aku sudah lama mengenali adik ipar Nita iaitu Yusfaiza yang kebetulan juga ada pertalian keluarga disebelah mak. Tidak dapatlah berborak lama..Ta Isyaallah ada aral aku akan ke sana lagi kepada rakan2 blogger kalau ke Seksyen 8 bertandanglah ke Chef Bakery sebelah dengan CIMB dan Fareeda Tudung & Scaft ...support muslim product. Niat hati juga nak jumpa Yusfaiza namun berkali call tak dapat jadi lain kali.


Keluar dari Chef Bakery jam sudah 3 lebih...mula tercari dimana mahu solat...kami teringat ada sebuah masjid di Seksyen 9 semasa kami tercari2 Chef Bakery. Berhenti di Masjid Seksyen 9..suasana tenang. Selesai zohor kami bergerak ke Kajang ....nama saja pergi ke Samuri Sate Kajang tapi anak2 order nasi ...perut melayu + siam ha ha ha pi mana pun cari nasi atau pulut.


Haji Samuri Sate, Kajang adalah produk bumi muslim. Bangga berada disitu. Nama Kajang gah kerana satenya. "Kajang is famous for its sate (alternate spelling satay), a form of skewered barbecued meat. Informally, Kajang is known as the "Satay Town", and is famous among tourists and locals alike. The most famous place to eat satay is Haji Samuri as well as Restoran Malaysia. About 1.5 KM from the Kajang town, is Bukit Mewah, a condominium on the hill would be visibly easy. There is a open air restaurant that serves local and western food for reasonable price. You can have a clear view of this town along with KL Tower and Petronas Twin Towers at night. If you need to dine and chill, this is highly recommended with friendly staff and great ambience". Overnight accommodations includes Metro Inn, Crystal Oriental Hotel and Uptown Hotel, which are located within a 2 km (1.2 mi) radius of the town center. Orang Melayu boleh berjaya dan memang ada tercatat dalam sejarah akan kegemilangan Melayu namun apa yang menyedihkan sikap bangsa Melayu sendiri yg merencatkan bangsanya.

Teringat apa yg diajar oleh Encik Sallehhudin dalam Marketing...4P (price, product, place & promosi) ...org account ambik satu paper saja marketing ....tapi aku memang ingat semua strategi maklumlah selalu kena sergah dengan lecture he he he mcm dia tau-tau student dia ni lomah dalam subject baca-membaca namun hasil dari sergahan tersebut aku dapat A.  4P & biz orang kita nantila elobarate dalam next post.

Selesai mentekeblood bak kata org utara, kami kononnya mahu balik tetapi anak2 tersangkut dengan aktiviti di stadium sebelah Samuri Sate kajang tu. Berjam jugalah menunggu mereka. Kakak, Abang & Alang sibuk dengan xtvt berbasikal & si kecik siddiq mencuba kereta yang ada disitu. Harga charge ...oklah murah berbanding tempat lain. Mat (Hubby) pula terperasan seorang lelaki di tengah padang bersama 3 anak lelaki kecilnya *semua berjersi Harimau Malaya*. Rupanya dia adalah Dato' Hassan Nawawi yang mencetuskan sejarah berbasikal mengelilingi dunia..di usia 57 tahun beliau masih kelihatan *hebat*...mungkin cara hidupnya yang aktif.  Hebat orang Manong, Perak ini.

Matahari kian menunduk ...kami mulai bergerak ke Masjid Jamek Kajang. Asar di sana. Bahagian muslimah tidak dibuka lampu...gelap. Harap selepas ini pihak pengurusan masjid lebih peka. Dan selepas itu kami terus bergerak menuju LDP.


Comments

  1. Follower no. 24, tq sebab drop komen. Sedang dlm proses menyokong produk usahawan bumiputra dan produk Malaysia!!

    ReplyDelete
  2. Jazakallah GreenApple...sama2 kita menyokong produk usahawan bumi ...tegak mereka tegaklah kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts