Tsunami Sendai Kunfayakun adalah MilikNya
Sebagai manusia kita boleh merancang apa yang kita impikan & apa yang kita mahukan. Namun dalam kita mencapai impian acap kali kita berselisih dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran. Gempa bumi dan tsunami di timur laut Jepun hampir seminggu berlalu namun tiada post aku mengenainya….sebak & sedih melihat betapa dasyatnya malapetaka yang menimpa rakyat Jepun..hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Gerun aku melihat badai tsunami menelan bumi di timur laut Jepun.
[82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi. (Surah Yaasin ayat 82)
Jepun sebagaimana kita ketahui berada dalam lingkaran api Pacific merupakan negara yang memiliki prasarana yang berteknologi tinggi. Mereka pernah melalui pelbagai musibah. Dek kerana itulah mereka berupaya bangun. Teringat aku pada kata2 seorang guru, orang yang selalu terjatuh akan bangun namun orang yang tidak pernah jatuh bila sekali mereka terjatuh mungkin terasa perit.
Kita di Malaysia seharusnya bersyukur dengan kurniaan Allah SWT ini. Bumi kita subur, di dasarnya pelbagai galian dan kita kurang bertelingkah sebagaimana jiran tetangga. Biarpun ada dikalangan kita suka mempersendakan dan memperlekehkan apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa mereka sedari nikmat yang mereka kecapi di atas *apa yang dilakukan oleh orang lain*. Hidup mereka mengkritik. Hidup mereka mencari salah orang dan tidak mereka terfikirpun untuk membina sesuatu sebagaimana orang lain.
Dalam hidup kita pasti merancang sesuatu ….merancang menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Menjadi ibu mithali yang mendidik anak2 kearah addin. Menjadi anak yang soleh kepada orang tua.
Comments
Post a Comment