Pilih Tarikh Kahwin.....Orang sekarang
Erm korang dulu kahwin mak bapak yang pilih tarikh or korang sendiri yang pilih. Masa kit aorang dulu abah & aruah pak ngah Bukit Tangga kyang pilih.Kalau tak silap aku la, MIL dah wakilkan pada Pak Ngah untuk tetapkan tarikh kenduri kahwin aku & Mat. Alfatihah buat Pak Ngah Lah (ex Imam Bukit Tangga).
Namun sekarang ni dah jadi trend orang mesti pilih tarik simbolik konon untuk buat majlis penikahan. 9.9.9 lah 10.10.10 lah 11.11.11...konon number tu cantikk.
Memang la nak kahwin tuan punya badan tapi yang nak menolong adik beradik so pilihlah tarikh yang memberi keselesaan pada saudara mara untuk bertandang di majlis tersebut. Misalnya tarikh 11.11.11 jatuh pada hari jumaat dan seminggu lagi nak cuti sekolah. Apa salahnya dikedepankan tarikh misalnya pada 27.11.11 bersamaan 1 muharam 1443...berkahwin di tahun baru Hijriah dan pada masa itu pula memang cuti sekolah, Isnin pun cuti so tak payah la korang nak ambik cuti panjang mana lah tahu nanti bunting pelamin kena pula morning sickness nak kena MC, EL....Kenapa nak terikut dengan tarikh masehi sedangkan kita orang Islam.
Macam berleter....he he he memang pon. Aku malas nak komen cukuplah bla bla bla di blog nih....susah nak cakap. Nanti kalau tak balik kampung ada pula yang terasa hati tapi soalnya pilih tarikh tu jangan main sesedap rasa ...pikiaq panjangggg sket bak kata abah di pidasanglang. Hu hu hu rindunya pada abah & mak & rindu jugak dengan asam pedaih ikan puyu.
Comments
Post a Comment