Mengapa Ziana blah dari sesi fotografi untuk majalah Eh!

Kata kak Ziana: "Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya. Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen". Rasanya ini juga yang terjadi pada Linda Onn beberapa tahun dahulu.
Aku bukan peminat Kak Ziana ...tp respect dgn prinsip beliau

Walaupun tidak bertudung namun Kak Ziana tetap menjaga susila & yang bertudung pula patut la lebih bersusila ...Tahniah anak Pak Zain ..."Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."

 


Comments

Popular Posts