Bila ada anak remaja....perlu dirungkai mengapa mereka bersedih


Kakak nampak lain beberapa hari minggu lepas aku perasaan perubahannya. Beberapa kali kutanya dia hanya mendiamkan diri. Finally...kutemui jawapannya daripada komen facebook kawan2nya membuatkan darahku mula mendidih. Disebabkan kes kononnya kakak telah copy editing darinya itu menyebabkannya berangin dengan kakak dan mengelar kakak dengan gelaran yang membuatkan aku perlu membawa hal ini ke pihak sekolah pelajar tersebut. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak monitor apa yang dilakukan oleh anak mereka melalui laman sosial. Perkara yang terlalu simple dan aku rasa hal copy mengopy ini banyak blogger melakukannya cuma bagi yang baru kenal & belajar akan rasa saja apa yg mereka buat adalah hakmilik mereka sedangkan mereka juga sendiri copy drp idea org lain.

Pesanku pada kakak berhati2 dalam memilih kawan kerana bukan semua ikhlas berkawan dengan kita dan ada yang berkawan dengan niat sebaliknya. Dan bukan semua orang memiliki pemikiran yang positif mengenai orang lain. Ini adalah sebagai pembelajaran untuk kakak bahawa dalam hidup akan datang pelbagai jenis insan yang tidak pernah senang dengan apa yang kita lakukan dan orang itu mungkin yang pernah rapat dengan kita.

Angah & Leah kebetulan ada membincangkan hal ini...yelah kakak kan kazen kecil mereka tentulah mereka amat bersimpati dengan kakak.

Alhamdulillah kakak kemudiannya nampak lebih ceria dan tenang. Percayalah kak ....mama tau apa yang kakak buat dan sapa anak mama....Mama doakan Allah SWT sentiasa melindungi kakak dan meletakkan kakak dikalangan insan yang cemerlang. Lupakan apa yang orang ckp tumpukan kepada impian & cita-cita kakak sebab mama tahu anak mama seorang yang tabah & boleh merealisasi impian.

Sebagai ibu-bapa kita adalah pemegang amanah walaupun di era IT ini adalah tidak wajar kita membiarkan anak2 berpeleseran dilaman sosial tanpa bimbingan.


Comments

Post a Comment

Popular Posts