Jantung Bengkak
Semenjak didiagnos jantung bengkak tahun lepas segala info berkaitan dengannya aku cuba kongsi. Tetiba sahaja dalam keadaan aku rasakan sihat walafiat tup tup didiagnos penyakit sebegini. Aku percaya ada hikmah disebalik semua ini.
Lesu, sukar bernafas antara gejala penyakit disebabkan saluran darah koronari tersumbat
MASALAH mata atau kaki bengkak memang sudah biasa didengar, tetapi jantung bengkak? Ia mungkin kedengaran pelik kerana masalah ini jarang diketahui ramai, tetapi hakikatnya jantung bengkak adalah salah satu komplikasi yang disebabkan serangan jantung. Sama seperti komplikasi jantung lain iaitu penyakit jantung koronari, serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok atau angin ahmar, sakit dada (angina), hakikatnya jumlah kes membabitkan jantung bengkak juga semakin membimbangkan di negara ini.
Sebab utama dan paling kerap mengapa jantung seseorang itu bengkak ialah penyakit saluran darah koronari tersumbat. Apabila saluran darah arteri koronari yang membekalkan oksigen dan darah tersumbat, otot jantung tidak akan menerima cukup bekalan oksigen dan darah. Apa yang berlaku ialah otot itu akan ‘mati’ dan sebaik keadaan ini terjadi bahagian otot jantung itu tidak mengepam dengan begitu baik dan menyebabkan jantung lemah dan akan bengkak.
Perunding Kardiologi Hospital Pakar Tawakal, Dr Yeo Chee Kian, berkata punca lain jantung bengkak atau ‘cardiac dilation’ ini adalah masalah injap jantung.
Punca seterusnya adalah jangkitan virus. Namun, berdasarkan kes di hospital berkenaan, Dr Yeo melihat kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan tidak mengalami saluran darah tersumbat, tidak mengalami penyakit injap jantung tetapi mengalami jantung lemah.
“Kadangkala pesakit ini golongan muda dan biasanya apabila ditanya, berkemungkinan satu dua minggu terdahulu mereka terkena jangkitan selsema. Virus ini bukan saja menyebabkan serangan selesema tetapi juga menjejaskan otot jantung,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Punca lain adalah kesan ubat bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi tertentu. Selain itu, pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan jantung bengkak.
Apakah gejala awal masalah ini? Jelas Dr Yeo, ini termasuk susah bernafas sewaktu berjalan, melakukan kerja harian, naik tangga serta berlari.
“Jika biasanya enam bulan lalu seorang individu boleh berlari satu kilometer kini mendaki tangga untuk ke tingkat satu menjadi sukar. Individu ini juga terpaksa tidur dengan bantal yang lebih dan tidak dapat berbaring rata kerana apabila jantung bengkak ia tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat mengepam darah keluar dari jantung dengan baik.
“Apa yang berlaku ialah darah akan berkumpul dalam paru-paru (air dalam paru-paru) menyebabkan pesakit akan sukar bernafas. Selain itu, tubuh semakin letih dan lesu, kaki membengkak dan kadangkala gejala ini bergantung kepada apa penyebab jantung bengkak seperti penyakit saluran darah koronari misalnya akan menyebabkan individu itu mengalami sakit dada bila jalan,” katanya.
Ditanya kaitan usia dengan komplikasi jantung bengkak, Dr Yeo berkata, ia bergantung kepada apa penyebabnya. Seperti disebutkan lebih awal, penyebab utama iaitu penyakit jantung koronari lebih cenderung menyerang pesakit yang lebih tua tetapi itu berlaku 20 hingga 30 tahun lalu, kini semakin ramai orang muda turut mendapat serangan jantung begini.
Sebaliknya penyakit otot jantung boleh dialami semua lapisan usia tua atau muda. Sekiranya individu tidak bernasib baik dan terkena virus selsema ia boleh menjejaskan semua golongan umur. Penyakit injap juga kita lihat dalam semua golongan umur tetapi lebih cenderung kepada pertengahan umur di antara 30 dan 40an. Ketika itu, injap akan semakin teruk dan jantung akan bengkak.”
Kaedah rawatan jantung bengkak bergantung kepada penyebabnya, jika saluran darah koronari adalah puncanya, saluran yang tersumbat perlu diubati menggunakan ubat, angio plasty atau pintasan jantung bergantung kepada betapa seriusnya saluran darah itu tersumbat.
“Secara amnya rawatan kegagalan jantung bengkak bergantung kepada faktor penyebabnya. Jika disebabkan alkohol, individu itu perlu berhenti, sekiranya sedang menjalani kemoterapi perlu berhenti menggunakan ubat, bagaimana agak sukar untuk merawat jantung bengkak disebabkan virus kerana memerlukan pemindahan jantung.
Hakikatnya, walaupun negara memiliki kepakaran terkini dalam pembedahan pemindahan jantung, namun kesedaran terhadap pendermaan organ masih amat menyedihkan,” tambahnya sambil mengharapkan kesedaran mengenai peri pentingnya pendermaan organ terus tersebar luas dan berkesan dalam mempertingkatkan lagi jumlah pendermaan organ dikalangan rakyat di negara ini.
Info
Jantung bengkak
2 jenis iaitu:
Hypertrophy - membabitkan otot jantung menebal
Dilation - membabitkan ruang dalam jantung yang membengkak
Gejala awal termasuk:
Sukar bernafas sewaktu berjalan, melakukan kerja harian, naik tangga serta berlari.
Individu ini juga terpaksa tidur dengan bantal yang lebih dan tidak dapat berbaring rata.
Tubuh semakin letih dan lesu
Kaki membengkak

info yang menarik, thanx sharing...
ReplyDeletemoga Allah memberikan kesembuhan pada Aida..insyaAllah...
ReplyDeleteorang sanglang ka? hehehe saya orang batu 17 jalan kodiang..tapi la keja kat pasir gudang...
jumpa geng pulak ekk!
TQ aiza & zakiyahhh...
ReplyDeletehe he he Zakiyah...mmg bezz jumpa geng x balik kg ka
Sakit itu adalah ujian. Semoga tabah menghadapinya. :)
ReplyDeletekak cik saya anggap ni hint drp Allah SWT supaya saya lebih dekat lagi denganNYA
ReplyDelete