Mendidik anak menunaikan solat
Semalam terima email daripada hubby yang menceritakan perasaan Wardina Safiah yang amat berpuas hati dengan apa yang anaknya lakukan. Warnida memang kuat dalam mendidik anak2nya solat dan memang sebagai ibu kita akan rasa berbaloi bila anak kita solat dengan sendiri tanpa kita arahkan.
Sebagai ibu kita melalui pelbagai fasa mendidik anak menjadi insan mulia di sisi Allah SWT. Itu adalah amanah yang harus kita genggam semenjak kita memegang status IBU. Dan dalam mendidik anak menunaikan solat kita sebgai ibu wajib menunaikan ibadat tersebut tanpa meninggalkannya. Pengalaman aku sebagai anak yang kuingat semenjak kecil adalah solat, solat jemaah bersama abah, mak dan kakak2. Setiap detik dan waktu mak ingatkan aku tentang solat sehingga ianya melekat dalam diri.
Kini aku pula mengalas amanah mak mengingatkan Kakak, abang, alang & si kecik as siddiq tentang solat. Solat ...solat..solat. Pesanku pada anak2 solat itu penting. Solat itu adalah makanan jiwa kita. Setelah bertahun diikuti doa yang diamalkan setiap selepas solat dari surah Ibrahim,
"[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."
Alhamdulillah anak2 mudah bersolat namun seperti biasa mereka harus diingatkan sentiasa mengingatkan mereka dan kemana kita pergi waima shopping waktu solat wajib kita berhenti dan cari tempat solat. Perkara sebegini akan menjadi pembelajaran dalam diri mereka ...siapa aku, sesibuk mana aku, dimana aku berada aku adalah hamba Allah dan bila sampai masanya aku harus tunduk dan hanya padaNya aku bersembah.
Pastikan selewatmana pun mereka tidur mereka wajib bangun untuk menunaikan solat subuh dan pastikan mereka membaca ayat-ayat suci Alquran. Mungkin peringkat permulaan agak susah namun jika ianya sudah melekat dihati mereka segalanya nampak senang dan mudah namun sebagai ibu kita harus terus beriktiar dan berdoa supaya anak2 kita menjadi anak beriman dan bertakwa juga, anak yang menyejukkan hati kita.
Comments
Post a Comment