1.3.11... iltizam untuk lebih dekat denganNya


Dah pun masuk bulan ke 3 tahun 2011....terasa baru nak tercungap ...dok kalut attend PIBG sekolah anak...macam2 anual programme 2011 kena attend ....tup tup dah march.

Cepat masa berlalu.

Rasanya apa yang kita azam sebagai insan di penghujung tahun 2010 menjadi kenyataan atau adakah azam kita itu masih elok terlipat atau masih berapa di mukadimah.

Aku mahu lebih dekat dengan Allah SWT itu nekadku. Letih dengan apa yang berlaku di 2010. Aku mahu menjadi pemegang amanah yang berjaya membimbing anak2 kejalan yang di redhaiNya. Oleh itu aku kena korbankan perkara negative yang mungkin akan menjangkiti mereka.


Aku sendiri tidak tahu & tidak mahu menghitung sampai bila aku mampu bernafas dan melangkah di bumi Allah SWT ini. Setiap kali memandu aku selalu memikirkan akan tiba saatnya pasti aku akan menemuiNya.....itu adalah Janji Kekasih.


Seupayanya aku disini ....mampu mengurangi dedaki lalu dan menambah baik diri ke arah yang diredhaiNya.








Comments

Popular Posts