Lepas ni sah aku jadi penyokong Hobin Jang Hobin

Frust betul dengan berita semalam ...why why why Kedah lepaskan Azrai dan musim ini Azrai Khor menjadi jurulatih Hobin Jan Hobin.

Ramai peminat setia hijau kuning menunjukkan reaksi yang amat mengecewakan terhadap KFA kerana tidak melamar Azraai selepas beliau dilepaskan dari kontrak FAM baru-baru ini, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Kedah mengharapkan beliau akan bersama Kedah kembali. Selain pada itu, ramai juga reaksi penyokong Kedah yang banyak memberi sokongan kepada Azraai untuk lebih berjaya walau di mana beliau berada untuk melatih pasukan yang beliau kendalikan dan mengharapkan beliau mengharumkan nama negeri Kedah.


Tetapi seperti mana yang kita tahu, Azraai telah menyatakan di dalam akhbar dan media elektronik yang beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil KFA utk membawa beliau kembali ke dalam pasukan Kedah untuk melatih skuad Kenari. Sedangkan wakil dari PBNS lebih awal menghubungi beliau selepas dibebaskan oleh FAM, untuk berbincang mengenai kontrak dan sebagainya bersama Negeri sembilan.


Dan pada masa itu juga, Azraai pernah mengeluarkan kenyataan diakhbar mengenai syarat jika beliau bersama Kedah kembali. Syarat yang sangat mudah iaitu beliau mengharapkan kerjasama dari pihak pengurusan KFA dan bukan dengan sikap "Cukup apa yang ada".





Comments

Popular Posts