Yang Pelik Dalam Masyarakat kita

Semalam ada teman Facebook mempertikaikan mengapa suami harus order makanan drp isteri sedangkan rumah bukan kedai & pada pendapatnya isteri seharusnya menyiapkan keperluan suami tanpa diminta . Ini yang aku rasakan tipikalnya pemikiran melayu balik2 soal makan & bertitik tolak aku mula membaca & itulah yang berlaku apabila aku dihimpit persoalan demi persoalan kerana bagiku dunia kaum isteri tidak hanya didapur.....ada banyak perkara harus dilaksanakan sebagai seorang isteri kini. Mengapa Allah SWT pertemukan Rasulullah dengan Syaiditina Khatijah...ianya sebagai panduan kepada kita semua.

Kenapa ada suami yang membenarkan isterinya keluar bekerja, tetapi tidak membenarkan isterinya keluar berjuang/berdakwah? ialah:

1. Suami menerima isterinya pulang lewat malam kerana *overtime* kerja tetapi sukar sekali untuk menerima isteri pulang lewat malam kerana usrah, meeting atau program.

2. Suami sanggup mengambil alih menjaga anak-anak sementara menunggu isteri pulang kerja tetapi tidak bila diminta isteri jika isteri pula yang ada aktiviti dakwah di luar.

3. Suami boleh menghantar dan mengambil isteri pergi dan balik kerja setiap hari, tetapi malas sekali untuk menghantar dan mengambil isteri untuk aktiviti dakwah yang hanya sekali sekala itu. (Jika isteri tiada transport)

4. Jika isteri mengalami tekanan kerja, suami berusaha memotivasikan dan memulih kembali semangat isteri. Tetapi apabila isteri kehilangan kualiti dakwah, semakin malas ke program atau terbeban dengan tugas yang lain, suami berdiam diri. Sementelah, berasa seronok melihat isterinya sentiasa di rumah dan melayannya lebih baik daripada layanan semasa sibuk dahulu.

5. Ada juga yang apabila isteri memberitahu mahu berhenti kerja, suami menjadi gundah gulana kerana ekonomi keluarga akan ditanggung suami seorang. Namun sebaliknya apabila isteri seakan berhenti dari menjadi aktivis. Suami tidak giat mencari alternatif agar ada penyelesaiannya.

6. Paling utama direnung oleh suami ialah jika isteri sanggup berkorban membantu suami mencari nafkah, kenapa tidak suami juga membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Sekurang-kurangnya tugas isteri sedikit ringan dan membuka ruang padanya untuk keluar berdakwah juga. (Di tulis oleh : Saudari Nur Hidayah)

Comments

Popular Posts