Poco-poco ...kata MUFTI...& komen yang lain

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian. Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan. Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.

Aku amat bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh MUFTI Perak ini ...kita telah dilalaikan secara tidak langsung dan di bawah ini adalah komen salah seorang rakan FBku yg aku rasakan amat kena mengapa POCO_POCO ini diharamkan. Ni salah satu pandangan komen member FB?


Intan Shafirini Abu Bakar commented on your status.
Intan wrote "sincere comments abt poco2... yg cek dok tgk rata2 yg terlibat adalah makcik2 middle age... dok bergelek kat taman2 and kedai2 makan yg ada karaoke stage... pakaian.. walaupun bertudung.. tapi style lagging and suar ketat... hatta bila bergoyang depan belakang sama jer bergoyang.. sungguh tak manis dipandang... hati kecil berkata "mana hilang malu depa ni, menjadi tatapan org""

Aurat dah satu hal & tergedik2 di tempat awam pun satu hal. Hal lain pula bila mak2 orang berkinja di padang tinggallah anak2 remaja di rumah tanpa pemerhatian maka bermulalah episod gejala sosial.

Intan Shafirini Abu Bakar commented on your status.
Intan wrote "yaaa kak sal..sugguh benar bagai di tulis.. ulaq sawa melingkaq di badan... tudung ala ala rahib kat gereja sebab pin kat leher... geraknya memang menggoyangkan depan, belakang kiri kanan.. yg penuhkan meja depan smer golongan adam... sedih toi.."


Namun tetiba ada pula yang memberi pandangan lain...Mashitah: Poco-poco hanya senaman - Malaysiakini
dan Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam. Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

Memang la POCO-POCO hanya senaman tapi kalau senaman tu di padang awam..pakai ketat...gedik sana sini ....sihat ka? 
& satu lagi bila mak pi menari POCO-POCO anak remaja pun berkinja menari tarian lain pula akan bermulalah episod sosial lain....OMG sudah-sudah la bagi komentar dah MUFTI kata haram ....haram la yg tak mufti zip mulut....seronok kut depa berPOCO_POCO ataupun depa seronok tengok org bergedik berPOCO-POCO








Comments

  1. bila dah keluar fatwa masih ada pulak yang nak membangkang... dari sudut apa yang dibangkangnya..?

    apa yang dibanggakan dengan tarian tu, negara kita ni dah kekurangan tarian untuk senaman ke..?

    ReplyDelete
  2. tula bila ada komen2 drp nama besaq rakyat mula fening kepala...salah sapa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts