Semangat Baru...tanda bermulanya Ooopss Diet

Hari ni pepagi dah kejutkan cik B .."mangkit jom kita pi jog"...sudah mandi & solat teruih kejutkan abang & alang pun dah terbangun si kecik siddiq awal2 lagi sudah sedar. Kakak awal2 lagi ckp.."no no no".

Pagi yang cerah sesuai untuk aktiviti jogging..*semangat baru* Ooopppss Diet he he he. Sampai di Bukit Jalil ...ramai disana dengan xtiviti sama iaitu jolan or jogging aku hanya pilih jolan 2/3 round klu jogging mau biru muka tensen jantung nak buat gheja lebih. Berpeluh sikit & badan rasa sikit ringan kami pun balik.
On the way nak balik call kakak.."siap & tunggu kat guard house nanti kita pi bekpas"..dah sampai tak turun2 anak dara mama ni...call lagi..."jup kakak baru pakai kasut"..finally nampak dia bercat-walk ala model menuju ke arah kami.

Satu2nya tempat Malay bekpas area kami yang lain semua mamak....tersengih mak cik Seri Johor nampak kelibat kami. Most bekpas menu dah habis yang ada cuma roti canai yang lain semua hidangan lunch yang baru di masak. Abang macam biasa bekpasnya sama seperti lunch. Kakak pun sama. Alang & Cik B ..2 biji roti canai. Mama..he he he rasa2 saja.

Selesai bekpas terus ke Puchong Permai, Kedai Pak lang (Orang Changloon, Kedah). Beli Sayur, ikan, ayam....stok seminggu. Untuk masak lunch hari ini...Rebung panjang, tulang lembu, daun pegaga, taugeh, buah macahng & ikan pelaling.
Menu lunch rini yang tak ada cuma ikan pelaling goreng butter saja

Menu orang Kedah ....gulai rebung tulang ni resepi orang Kubang Pasu & Perlis kebetulan Cik B banyak habiskan masa remajanya di Kubang Pasu berbanding Sungai Petani so ni lah antara menu peberitnya selain sambal tumis ikan keli.

Minggu lepas ada member dok sebut pasal buah machang panggilan org Kedah (bachang) kebetulan masa pergi kedai Pak lang ada pulak buah ni terus la aku masukkan dalam basket...sedap esp bila campur ke dalam sambal belacan...he he he bertambah sakan Cik B tadi.

Asyik sangat makan kerabu Stall Zahari di Sport Arena, Cyberjaya membuatkan aku rasa perlu ada kerabu hari ni so jadilah kerabu pegaga + taugeh. Kepada yang biasa makan kerabu tentu dapa merasai perbezaan kerabu kedah dengan kerabu negeri lain...

He he he hari2 masak sempoi hari ni kita over sket....maklumlah surirumah weekend saja..: ))




Comments

Popular Posts