INGATAN KEPADA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG A.B.C (ALLAH BAGI CUTI)

Artikel ni aku copy drp scripter dulu aku pun pernah minta pada abah nak buat akad nikah di masjid masa tu belum ada budaya akad nikah di masjid lagi & aku ada sebab musabab tersendiri mengapa mahu di akad di masjid...Oleh kerana iman atai kadi qariahku sakit maka Cik B, abah & semua ahli keluarga terpaksa kerumah aruah Haji Bakar (AlFatihah) untuk menguruskan hal ini.

Peringatan sesama Muslim dan Muslimat..

Semasa aku balik kampung (nak kata kampung pun tak sesuai pula, sebab parents aku ni tinggal di bandaraya Alor Setar) dua tiga bulan lepas, aku selalunya akan berborak bersama-sama dengan emak aku di dapur. Emak dan ayah aku ni selalu pergi sembahyang berjemaah di Masjid Al-Bukhary Alor Malai dan kebetulan masa emak aku cerita ni sewaktu dengan cuti sekolah di mana banyak kenduri kahwin diadakan.

Ada satu cerita daripada emak aku yang aku rasa elok sangatlah dikongsikan di sini.

Suatu hari tu, selepas solat Asar, dijadualkan ada satu majlis akad nikah untuk sepasang pengantin yang hendak dijalankan di Masjid Al-Bukhary ini. Biasalah kalau ada akad nikah di masjid, selalunya kaum keluarga serta sahabat handai dari kedua-dua belah pihak pengantin akan ramai-ramai datang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah untuk kedua-dua mempelai tersebut.

Semasa nak menunggu masuknya waktu Asar tu, di ruangan solat untuk wanita ramailah juga orang-orang perempuan dari rombongan pengantin yang masuk ke dalamnya dan ada yang dok sibuk nak bertelekung sebab nak solat berjemaah bersama.

Tetapi dalam ramai-ramai itu ada satu geng yang tak bersembahyang, depa hanya duduk di saf (barisan) belakang sahaja. Jadi, sebagai seorang muslimah yang prihatin , emak aku pun bertanyalah kepada geng-geng yang duduk saja tadi tu kenapa tak nak bersembahyang sekali sedangkan kain telekung yang disediakan oleh pihak masjid tu masih ada lagi.Kalau kain telekung tu dah berbau busuk atau sekian lama tak berbasuh tak mengapalah juga, ini siap dok berlipat dan putih bersih lagi ni.

Nak tahu apa yang jawapan depa?

Ada seorang perempuan tu menjawab ( dan jawapan dia ni mungkin mewakili yang lain-lainnya yang duduk sahaja..) " Makcik, saya uzur (datang haid), cuti , tak boleh sembahyang....". Jadi bila saja mak aku dengar alasan yang diberikan itu mak aku cakap dekat dia kalau dah tahu diri tu uzur kenapa masuk ke dalam masjid, kenapa tak tunggu di luar sahaja? Perempuan tu kata lagi "Kami dah tanya ustazah , perempuan yang uzur boleh masuk ke dalam masjid....asalkan jangan menitis darah tu sudahlah..."

Jadi, nak diringkaskan cerita di sini, perempuan yang menjawab serta geng-geng dia yang lain tadi tu mungkin tak tahu atau jahil mengenai bab-bab hukum hakam ni. Tetapi bertanyalah kepada yang lebih tahu dan arif mengenai hal-hal hukum syara' ini tetapi kalau ustazah yang ditanya itu memberi jawapan bahawa hukumnya tidak salah dan harus pula bagi perempuan yang dalam haid untuk masuk kedalam masjid asalkan tidak menitis, mana mazhab yang dia pakai pun aku pun tak tahu.

Kepada yang mungkin tak tahu diluar sana ataupun kepada yang mungkin sudah terkeliru mengenai hukum perempuan yang datang haid tidak boleh masuk ke masjid , aku nak bagitahu yang hukumnya adalah HARAM dan ianya ditegah samasekali dan ini bersandarkan kepada sepotong hadis dari Rasulullah SAW yang berbunyi:

لاَ Ø£ُØ­ِÙ„ُّ الْÙ…َسْجِدَ Ù„ِØ­َائِضٍ Ùˆَلاَ جُÙ†ُبٍ.

Aku tidak menghalalkan (mengharamkan) masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.

Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid, termasuk di kawasan padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]


Wallahu'alam.

Kredit untuk Khairil Shahmi Shahidun

Comments

Popular Posts