Aku Budak Hostel - part 4 (Terima Kasih Cikgu kerana bersabar dengan kerenah kami)

ni versi 90-an lani dah lawa hostelku......

Kejadian kes murid Tahun Satu sebuah sekolah agama persendirian di Perlis, Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7, yang meninggal dunia, kelmarin selepas tiga hari koma akibat dibelasah gurunya amat menyayat hati.
budak hostelll.......

Aruah dikatakan sedikit nakal namun biasala bagi kanak-kanak. Aku rasa warden essemjay mempunyai kesabaran yang amat tinggi, bayangkan pelajar asrama berusia belasan tahun yang datang dari pelbagai tempat dan pelbagai peringkat. Dulu kami rasakan warden seperti Cikgu Rahman, Cikgu Mus, Pak Mid garang & tak ada org lain yang garang seperti mereka namun sebenarnya garang mereka mendidik belum dengar lagi sepanjang mereka menjadi warden ada kejadian seperti ini. Sabar...itulah kata kuncinya.
budak asputra....

Ada satu kes ....masa ni ada beberapa member dorm aku buat bising di toilet di tengah malam...mereka dikenakan hukuman ...dirotan ditapak tangan setiap seorang. Membirat juga. Masa tu semua marah pada Cikgu Mus. he he he aku pun bukannya baik sangat semasa di hostel namun selalunya kalau ada sport check selalu terlepas.....ha itu baru kes bising belum lagi kes mencuri makanan di dewan makan, mencuri ubi kayu, lompat pagar, mencuri barang2 kawan & pelbagai kenakalan lain. Semua ini terpaksa dihadapi oleh warden.

Budak aspura mungkin mempunyai cerita mereka tersendiri namun aku rasa kenakalan batch tahun kami sedikit mendera emosi warden ...ini adalah pengakuan seorang warden ketika menghadiri majlis kenduri kahwin aku & Cik B dulu.



Comments

Popular Posts