Perlis, Kedah Kaji Tarian Poco-Poco

Harap isu ni ada penyelesaian .....tak tau apa nak jadi dengan masyarakat melayu hari ini suka sangat telan bulat2 apa yang datang dari luar. Tentulah ada sebab yang jelas mengapa POCO-POCO di diharamkan oleh Mufti Perak. Samalah macam hisap rokok ...benda tu harus tp mendatangkan seribu keburukan dari kebaikan malah memberi kesan tidak sihat dalam sosial masyarakat.

Sumber: Mstar
Perlis, Kedah Kaji Tarian Poco-Poco
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


PETALING JAYA: Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Kedah tidak akan menuruti Perak yang bertindak mengharamkan tarian poco-poco di negeri berkenaan.


Sebaliknya, Kedah dan Perlis akan mengkaji lebih mendalam tarian berkenaan yang sangat popular khususnya di kalangan umat Islam di negara ini.


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, majlis fatwa negeri tidak mengeluarkan garis panduan yang melarang orang ramai menari poco-poco selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam.


“Selagi tarian tersebut menjaga persoalan seperti aurat wanita, tidak ada percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim.


"Tidak ada unsur pemujaan dalam tarian. Kita anggap ia hanya satu jenis senaman dan kita tidak ada masalah mengenainya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Perak memutuskan tarian tersebut sebagai haram.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.


Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 26 Januari lalu.


Mengulas lanjut, Dr Juanda yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata beliau akan meneliti apakah asas-asas yang digunakan oleh Majlis Fatwa Perak sebelum membuat apa-apa keputusan.


“Di Perlis hingga kini kita tidak pernah haramkan atau galakkan orang menari tarian poco-poco.


“Kita akan teliti apakah asas-asas yang digunakan dalam pengharaman tarian ini. Setakat ini kita isu ini tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Negeri,” katanya.


Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad menegaskan bahawa isu tersebut akan dirujuk dan dibincangkan dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah dalam masa terdekat.


“Buat masa ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Fatwa Negeri.


“Apa pun isu ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula melahirkan pandangan berbeza dalam isu tersebut.


Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.


Bagaimanapun, Mohd Asri yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia menegaskan, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.


"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya.

Comments

  1. as salam..
    hm..harus..
    atas sandaran 'pada pandangan saya' tu namanya ikut logik akal =_="
    merujuk pada sunnah, hadith, dsb..


    SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA ! SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN !

    http://fadzli-rt.blogspot.com


    saya reader baru dalam blog ni, nak tahu perkembangan blog ni~maka saya follow..
    kalau ikhlas..follow la saya semula ;)

    ReplyDelete
  2. patutnya diorang ni kena duduk semeja bincang dan terus tetapkan satu keputusan.. bila sorang dah buat.. ada suara2 setuju dan sebaliknya.. kita sebagai rakyat jelata tunggu jelah keputusan yang terbaik untuk kita semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts