Jadilah diri kita sendiri
dah 2 hari tak mengepost. Biasalah weekend yg teramat busy. Erm jadi weekend house wife pun busy teramat. Banyak perkara yang nak kena dibuat. Endup isnin...letih.
Sabtu malam adik ipar datang rumah ceritakan pengalaman hampeh mereka di I-City. Aku tersenyum. Dia tanya kak pernah pergi ke? Aku cakap tidak dan tidak akan. Aku tahu berkenaan I-City di Shah Alam ini semenjak ia di buka memandangkan aku dalam industry properties jadi banyak perkara berkenaan I-City aku ketahui. Sebagaimana aku tidak maju jejak kaki ke Genting Highland dengan alasan dan alasan lain pula aku tidak akan jejakkan kaki ke I-City. I-City adalah tempat yg tidak memberi menafaat minda kepada pengunjungnya..minta maaflah itu adalah pandangan ku. Ini adalah caraku dan dalam masa yang sama untuk mendidik anak2 supaya tidak terikut dengan apa yang orang lain lakukan. Ia adalah cara kita mendidik anak supaya tidak membazir kepada perkara yang tidak memberi menafaat kepada pengembangan minda & iman mereka.
Dulu di Utara Semenanjung ada trend pesta. Kebanyakkan orang terkinja2 mahu ke pesta namun kami adik beradik langsung tidak dibenarkan abah ke sana. Selalu dengar cerita sepupu-sepupu mengenai keseronokan di pesta. Dan kini aku mengerti mengapa abah tidak benarkan kami ke sana...ia adalah satu kaedah mendidik kami supaya tidak terpengaruh dengan perkara tidak berfaedah dan keseronokan semata2.

Comments
Post a Comment