Hujan Pagi Di Cyberjaya

Bulan 4 ...hujan pagi dan petang ...cuaca khatulistiwa yang sinonim dengan hujan sepanjang tahun.

Selalu bangun pagi sebelum subuh hari ini sedikit terbabas...kedinginan pagi menghambat tubuh untuk terus rebah. Mata bagai berat untuk celik.
6.50 dalam hujan yang mulai merintik aku & kakak (anak sulung) sudah di dalam kereta menuju ke Cyberjaya...perjalanan diperlahankan hujan mencurah-curah. Beginilah rutin aku setiap hari selepas kakak aku tukarkan ke SMK berhampiran dengan pejabatku.

Ini merupakan minggu ke 2 kakak di Cyberjaya. Sekurang-kurangnya aku melakukan sesuatu sebagai seorang ibu demi anak-anak. Inilah rezeki kurniaan Allah SWT....zuriat. Zuriat yang menyejukkan mata han hati ayah bonda. Bersyukur pada Allah SWT. Kakak, Abang, Alang & Siddiq ada kelebihan tersendiri dan itulah nikmat dariNYA.

Mungkin ada yang merasakan wang dan pangkat adalah rezeki namun bagi aku kebahagian, ketenangan, zuriat beriman & intelek, kesihatan yang baik dan saudara mara serta handai taulan adalah rezeki yang sebenarnya. Seperti kata mak ....duit boleh dicari namun bahagia, anak yang baik, saudara mara & sihat tidak boleh dibeli.

Hujan di pagi jumaat ini menenangkan diri dan jiwaku dan memotivasikan jiwaku yang keletihan dek amarah semalam.

Comments

  1. rutin yang sama..
    hujan mencurah2 mengiringi pagi ni.. rasa tenang sikit walaupun sedikit sesak tapi masih sempat bw pagi2 sebelum mulanye kerja.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts