Renew iman

Aku mengenalinya semenjak di kolej lagi...kami sama2 nakal dan suka mencuba sesuatu yang baru. Namun selepas berkahwin aku telah lama tidak bertemunya. Dunia tanpa sempadan ini menemukan semula aku dan sahabat itu..Masyaallah. Sesungguhnya Allah SWT itu maha pengasih lagi maha peyayang. Dia pun tercari2 aku.

"S..bila awak mcm ni" tanyaku. Semenjak berkerja di syarikat xy dan dia bertemu dengan insan yang benar-benar merubah dirinya menjadi mukminah sejati. Aku sebak melihat perubahannya...dalu ramai yg memarahi aku rapat dengannya. Aku menarik nafas...." wow ..aku pun tak mampu & kuat nak berpakaian sebegini"...kataku padanya. S kini tidak seperti dulu. Dia berjilbab penuh & wajah cantik yang menjadi kegilaan dahulu hanya menampakkan mata. Tidak ada lagi baju yang melekat rapat dikulit sebagaimana zaman remaja kami. Dulu dia seorang yang modern trendy......berambut perang & kuku kekadang diwarnakan.

Kita kena perbaiki iman kita yg telah rosak sedikit dahulu....dan aku bersetuju dengan sahabat ini...& kita juga perlu selalu renew iman setiap detik make sure dia tidak merosot.

Ali Imran, ayat 8:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Comments

Popular Posts