Aku Nak Kurus Mode is ON

at least mcm ni pon dah ok...klu x boleh 45 kg hu hu hu
 Semenjak di diagnose jantung ni aku mula terpikir nak kurus sikit ...sikit he he he he. Gemuk ke aku ni? Cik Hubby cakap bam bam sket saja tapi aku rhasa masyaallah gemuk huwaa.....

Kronologi kegemukkanku

Sebelum kahwin 45kg ....ada la naik tapi tak sampai 50kg. Semua flat skrin.
Anak satu berat paling tinggi 49kg...menten flat skrin lagi
Anak kedua....entah macam mana selera makan masa pregnant terlebih & suka makan daging ....lepas bersalin berat naik mencanak mendekati 60kg...hu hu hu tgk pic pun takott
Anak ketiga...masa ni kerja di Tesco HQ selalu ada food testing & habit makan yg amat dasyat membuatkan berat naik 60kg lebih hu hu hu masa ni mula sakit kaki & sakit tumit yelah dah overweight
Anak keempat..hu hu hu berat meningkat ....walaupun aku bukanlah hantu makan sangat *ye ye O je bukan hantu makan*
Selepas kematian AFfan ....berat overweight menten & kesihatan mula tak menentu & tahun lepas 2 bulan aku demam & batuk-batuk x-ray rupanya jantung aku bengkak. Advice doktor minta aku reduce aku nyer weight.....


Comments

Popular Posts