Pelajar Tahun 3 hampir putus telinga di serang anjing jiran
Terkejut pagi tadi dengar berita mengenai kembar tahun 3 hampir putus telinga bila diserang anjing. Please la bila bela binatang yang ganas tambat la jangan sampai memberi kecelakaan pada orang lain. Memang tidak dinafikan malang tidak berbau namun sebagai manusia kita boleh mengambil alternatif mengelak sesuatu daripada terjadi...gerammm sgt dengar berita ni & kesian pada budak 9 tahun ini....bukan seekor tapi 4...
KOTA TINGGI: “Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini.
Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.
Dia yang ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini, semalam, berkata ketika kejadian itu dia dan Muhammad Rafie berjalan kaki pulang ke rumah sebelum tiba-tiba dikejar empat anjing jiran.
Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.
“Saya dicakar serta digigit. Sakit sangat rasanya masa itu. Tidak lama kemudian kembar saya datang bersama beberapa penduduk lalu menghalau semua anjing itu.
“Syukur kerana mereka cepat membantu, jika tidak, saya tidak tahu apa akan berlaku,” katanya.
Rafiq menerima 30 jahitan di seluruh badan manakala telinga kanannya dijahit bagi menyambung koyakan lebar.
Abang pasangan kembar berkenaan, Mohd Shahril, 23, berkata empat anjing itu dipercayai milik seorang peniaga ikan yang tinggal kira-kira 200 meter dari rumah mereka untuk mengawal harta bendanya.
“Entah bagaimana, pada petang hari kejadian anjing peliharaannya terlepas lalu mengejar dua adik saya itu. Ini kejadian pertama membabitkan anjing menyerang manusia di kampung ini.
“Saya harap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini kerana bimbang jika tiada tindakan dibuat, perkara lebih buruk mungkin boleh berlaku,” katanya.
Bapa mangsa, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian, dia berada di Melaka kerana berkursus.
“Pemilik anjing itu ada datang ke hospital menjenguk anak dan berjanji membiayai segala kos perubatan sehingga Rafiq sembuh,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, Naib Pengerusi Umno Bahagian Tenggara, Suhaimi Khalid serta Ketua Wanita UBT, Datin Salasiah Idris turut melawat keluarga mangsa. sumber: Harian metro

kesiannya.. saya tau berita ni pagi tadi kat rumah pengasuh..mesti dia trauma teramat..
ReplyDeletemoga dia cepat sembuh..